Soal Jawab


Anda juga boleh postkan pertanyaan dan kemusykilan anda di ruangan ini dan sila jangan nyatakan identiti sebenar anda. Mungkin kami atau pembaca lain boleh berkongsi pendapat tentang masahal anda tersebut? terima kasih.

28 responses

2 01 2010
HambaAllah

Cinta Terhalang

Assalammu’alaikum wbt

Saya terpanggil untuk berkongsi bersama masalah yang dihadapi oleh rakan karib saya berkenaan masalah percintaannya. Kesian juga bila dia ceritakannya kepada saya. Diharapkan ada para pembaca terutamanya yang ‘berpengalaman’ dalam menghadapi masalah ini memberikan sedikit pandangan dan pendapat berkenaan permasalahan rakan saya itu. Beginilah kisahnya:

“Saya adalah lelaki seperti lelaki normal yang lain, mempunyai perasaan dan inginkan kasih sayang daripada seorang wanita. Sudah banyak kali saya putus cinta. Dan akhirnya saya bertemu dengan seorang wanita yang cukup baik dan menawan hati serta kedua ibu bapa saya. Malahan ibu kepada wanita pilihan saya pun turut merestui hubungan kami pada mulanya.

Selepas beberapa lama, lebih kurang setahun perhubungan kami ini, semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang. Dan kami juga bercadang untuk mengikat tali pertunangan. Dan seterusnya menikah. Namun, disangkakan hujan hingga ke petang, rupanya panas di tengahari. Tiba-tiba ibunya tidak suka pula pada saya. Dia telah hasut seluruh sanak saudara sebelah perempuan supaya membenci saya.

Ibunya itu telah memberi kata dua kepada anak perempuannya yg menjadi teman wanita saya; samada pilih antara saya dan dia (ibu perempuan). Teman wanita saya memilih saya, dan sanggup berbuat apa sahaja janji dapat bersama saya. Di sebabkan pilihannya itu, teman wanita saya telah di ‘buang’ dari keluarganya. Dan sekarang cinta teman wanita saya ini kian menebal, dan dia tinggal berasingan dari keluarganya.

Saya memang benar2 menyintainya sepenuh hati. Dan antara kami semakin hari cinta kami kian tebal dan kami yakin dengan jodoh antara kami. Namun, yang menjadi masalah ialah keluarga sebelah perempuan yang terlalu membenci saya. Khabar yang saya terima dari apa yang diceritakan oleh teman wanita saya ialah ibunya telah terkena sihir. Ada org lain suka pada teman wanita saya. Dia cuba menyihir teman wanita saya, tetapi agaknya di sebabkan amalan zikirrullah teman wanita saya itu menjadi amalan sehariannya, sihir itu tidak mengena. Dan tempiasnya kepada ibunya kerana ibunya kurang amalan agama, katanya.

Yang menyedihkan, saya turut ditumbuk oleh adik lelaki teman wanita saya ketika menghadiri kursus perkahwinan kami. Saya tidak melawan kerana memikirkan adiknya itu, bakal aidik ipar saya juga kelak. Tapi sekiranya kali kedua dia melakukan kesalahan yang sama, sudah semestinya saya tidak akan berdiam diri. Tapi sehingga kini saya masih mampu bersabar walaupun sudah dimalukan.

Apa yang perlu saya buat? Saya menyintai dan ikhlas menyayangi teman wanita saya dan dia pun begitu. Keluarga sebelah saya tiada masalah. Menerima teman wanita saya seadanya. Cumanya keluarga sebelah perempuan pula yang terlalu membenci saya. ”

Itulah di atas serba ringkas masalah yang bergolak dalam hati sahabat karib saya itu. Saya pun tak tau nak nasihatkan apa, keana saya tidak berpengalaman menghadapi kes sebegini. Diharapkan para pembaca dapat memberikan sedikit idea bagaimana untuk menyelesaikan masalah ‘kronik’ yang dihadapi oleh sahabat karib saya ini. Pandangan dan pendapat Saudara/ Saudari amatlah dialu-alukan. Sekian.

2 01 2010
MiaZZara

Salaaam alaikum w.b.t… hehe ni sebijik cam kisah saya dulu, cuma saya mendapat larangan dari sebelah abah pompuan tu, sedangkan maknya amat menyukai saya alhamdulillah. Apa pun kami tiada jodoh, walaupun setelah 6 tahun kononnya bercinta, is is is cobaan

Benar sekali apa yang dikatakan alhikam tu, ada hikmah di sebaliknya. Dan pihak lelaki jangan terburu2,. jangan sampai mengucar kacirkan keluarga orang. Kita mesti ingat , perempuan itu masih dalam hak jagaan emak dan ayahnya, kita masih tiada hak. jangan sampai kita langgar batas2 Islam hanya kerana menurutkan perasaan sayang kita ini.

Yang perlu dibuat sekarang, cuba selesaikan dulu kes sihir itu., Itu pun jika benar2 emak si wanita itu kena sihir. Pihak lelaki perlu banyak bersabar, adalah lebih baik perkahwinan yang mendapat restu orang tua, seperti mana alhikam berkata, berapa banyak perkahwinan yang tidak bahagia dan musnah kerana tiada restu orang tua. itu kita mesti fikir sebaik mungkin.

Jika nanti sudah pasti sihir itu semuanya sudah tertolak, maka pastikan betul2 penerimaan emak dan ayah si wanita. Kalau mereka masih tidak setuju, anggap lah sahaja mereka tiada JODOH. Jangan sampai frust menonggeng, keciwa rabak san sebagainya, itu hanyalah bisikan syaitan untuk memusnahkan IMAN kita.

Saya faham apa yang pihak lelaki itu lalui, kerana kisahnya sama seperti saya. Cuma kisah saya mungkin tidak melibatkan dengan SIHIR, Wallahu a’lam.

Apa2 pn , nasihat dari saya yang serba dhoif dan kurang ilmu ini, settle kan masalah buatan orang dulu, kemudian bincang betul2 agar masing2 redha dengan perkahwinan tersebut. Terangkan betul2 kepada orang2 tua wanita itu agar memahami keadaan anaknya dan lelaki tersebut. JIka lelaki tersebut benar2 orang yang beragama dan soleh, maka pujuklah orang2 tua itu agar merestui sahaja perkahwinan ini. CUba lah ikhtiar2 dengan ayat2 pelembut hati, zikir, dan berdoalah kepada Allah selalu.

Kerana perkahwinan dilangsungkan bukan untuk sementara, tetapi untuk selamanya. Restu orang tua adalah perlu untuk mendapat kan keberkatan dari ALLAH S.w.t. Semua ini adalah ujian dariNya, semoga mereka tabah menghadapinya dan dapat menyelesaikan masalah ini, amiin. Wallahu a’lam :)

2 01 2010
Black

Salam..Jangan kahwin lari dah ler..hehehe

2 01 2010
ikin

ikin: assalamualaikum…
hmmmm berat jgk ye prob kwn abg tu….skang die ok tak???mst bingung kan…cinta tu mmg suatu yg ssh nak di ungkapkan….tak smua cinta tu akan bersatu…kdg2 mmg byk dugaan.cume kite sabar dgn tak je nak face prob ni….tp klu da libatkan both family mmg susah…klu kite nak buat ape pun restu family tu yg pnting…cume skang mslah fmily pmpuan ea? klu nak kwin lari mmg bleh….tp mst hdup tak bahagia nnt.lgpun pmpuan mst nak wali kan.better abg suh member abg bsbar….byk kan bdoa…insyaallah Tuhan slalu bntu hamba die….slain tu abg suh la member abg tu amek ati fmily pmpuan.mmg susah tp nnt lame2 diorg mst terbuka pintu hati nak trime klu btol niat die ikhlas.i pray for your member happiness ok….

Ulasan: Terima kasih saudari ikin. Betul jua tu. Dan itulah yg saya katakan dan nasihatkan kepada rakan saya itu. Agar sentiasa bersabar dan terus bersabar. Tapi yela, sampai bila kan? Cara terbaik, samalah sepertimana yang saudara Hikmatun, saudari ikin dan Al-Hikam kita bagitau… try amik hati keluarga sebelah perempuan. Agak mencabar juga tu… tapi itulah agaknya cara terbaik ya?! Terima kasih saudara saudari sekalian di atas pendapat itu…

2 01 2010
azam

Cara terbaik ialah berbincang semula dengan keluarga baik-baik insyallah semua bisa diselesaikan..

2 01 2010
hajar@22

huhuu…ader jugak lagi cinta terhalang zaman ni…

28 01 2010
erin

sedih..sedih..

23 09 2013
fitri

nak tanya,….ada sorang perempuan yg saya minat kata dia benci saya, dia mmg tak pandang, klu sy pandang dia,dia mmg marah, tp kwn dia kata, dia slalu tanya pasal saya, klu result priksa,mesti dia nk tahu,tp dia tanya snyp2..apa maknanya tu??

17 03 2015
iza

mungkin dia nk tnjuk ego dia je….

11 10 2013
Q

Assalamualaikum admin
Singkatnya, saya perkenalkan diri sebagai Q. Q suka pada M sejak tiga tahun lalu. Tapi Q tak sanggup tunggu M lalu suka pada J. Tahun seterusnya, (tahun ini) Q dan M jatuh sayang semula. M hantar surat cinta. Tapi kami bercinta hanya satu hari aja. Sekarang Q bingung. M macam suka pada Q. Pada masa sama ibubapa Q tak suka M. Q tak dapat hidup tanpa M? Macam mana ni admin? Q bingung! Buntu! Sudah puas Q bermenung. Doa. Istikharah jangan cakaplah. Q tiada jawapan. Kawan-kawan Q pula tidak berapa suka pada S (adik M) sedangkan S suka dekat pada Q. Tersepit Q di antara kawan dan S. S macam tau aja semua tu dan mula jauhkan diri. Q tak faham apabila M juga perlahan-lahan begitu….

26 03 2014
A

Assalamualaikum..
Saya kenalkan diri saya sebagai A. Saya telah berkenalan dengan Z dua bulan yang lepas. Sejak dari itu dia sering mengajak saya keluar bersama berdua. Tapi saya kerap menolak ajakan untuk keluar bersama kerana saya tidak pernah bercinta dan tidak pernah keluar dengan lelaki.Tapi dalam masa yang sama kadang kala saya terserempak dengannya dan minum bersama. Dia sangat-sangat jarang bermesej dengan saya. Dan kalaupun dia menghubungi saya adalah untuk mengajak saya keluar sahaja. setelah diajak beberapa kali. Saya pun cuba untuk keluar bersama dengan dia.Dan sudah dua kali saya keluar bersama. Cuma saya pelik, kenapa dia tidak mesej saya pada hari lain-lain. Dia cuma akan call saya kalau dia mahu mengajak saya keluar? Adakah dia cuba mempermainkan saya?Dan kalau saya keluar dengan dia, dia akan memandang dan memuji wanita lain. Di samping bermain games…

Terima kasih.

1 04 2014
Dyah

Assalammualaikum…
Sy da msalah curiga dlam hbungan sy & tunang sy…
Kmi sdah bkwan 5taun dri zman kolej smpai zman kerja… & sdah btunang 10blan… Bkal mdirikan rmah tgga 5blan lgi…
kmi bkrja dlm stu cmpany yg sma..jwatan yg sma cuma Dept yg b’beza…
Smlam ati sy tdetik nk tgok nset tunang sy.tgok xda apa..pastu buka wechat.tgok friend..da sorang minah indon kt klg jdi friend dia..Minah indon ni sy knal..tpi jd psoalan.knpa mnah ni sorang ja.jdi friend dia.knpa yg len xda..msti speselnya..
Sy pun tya tunang sy..pastu tunang sy ckp.xda apa..sbb dia t’tekan..add friend kt recommended friends.. Tpi dia sumpah kata xda apa….N dia kata indon tu thu hbgan kmi& pnah nmpak gmbaq sy dlm nset tunang sy.(aisshhh … Mlampau smpai tgok nset..kta sy)
Tunang sy kta.bkn indon tu belek nset dia..tp msa tu tunang sy tgh amik gmbaq unit reject kt production(station job minah indon tu) pastu tunang sy buka alik gallery tgok alik gmbar yg di snap tdi.sbb nnti nk wt rport.then dlm gallery tu..da gmbar sy.sbb tu indon tu nmpak gmbar sy..indon tu mntak nk tgok ..tpi tunang xbg(penjelasan dri tunang sy)
Sy pun pening.. Btul ka ni..??logikk ka ni.. ?? Ka da spesel antra dpa snyap2 ni…
Tpi … Hati sy da la rsa was2.curiga jgak.. Tp bla pkir hbgan kmi..
Hbgan kmi ok. & lyanan dri segi msj.cll.bjmpa.msih ok.xda pape… & klu kua pun ..ok je.xnmpak pun cra dia tkot2 kua.. Tunang sy ngaku sumpah.mmang xda apa.. N hya hal kja sja.xlbih dri tu… Ermmm… Pe pdpat smua..?? Tlong advice kit… :)

28 04 2014
nasrul nahar

assalammualaikum.. saya igin bertanya.. bagai mana nak melupakan orang yang amat di sayangi..???

28 04 2014
nasrul nahar

mane nye.. dia minat kat awak la tu.. cuma dia malu nak bgitau..

30 06 2014
nasrul nahar

mcm mana ka saya bole dapat berpasagan degan orang yang saya minati. Sedang kan orang yang saya minati itu terlalu sombong. . Sehinggakan saya langsung tak dapat berbicara degan dia

13 08 2014
aku pening

hey..dia sombong eh, ada banyak sebab kenapa dia sombong.pertama,mungkin dia malu nak bercakap dengan awak. kedua, mungkin dia ego dengan perasaan dia sendiri dengan x percaya pada cinta.ketiga, mungkin, dia takut nak bercinta lagi sebab kisah lama.yang terakhir mungkin dia perasan dia “hot” atau dia memang “hot” kat tempat awak.jadi mungkin dia nak orang lain dan bukan awak.
apa2 pun, awak kena mulakan langkah dulu.bukan perempuan,ok?

2 08 2014
nasrul nahar

assalammualaikum wah rah mattullahi wa-barkatu.. Nma saya nasrul.. Saya ada teman seorang wanita.. Teman wanita saya ini selalu mara dengan saya.. Bila saya tak dapat balas mj dia.. Dia terus mara.. Boleh di kata kan kami ni hari2x bergadu.. Persoalan saya.. Kami ni ada jodoh ka di sebalik pergaduhan kami ini.. Dah 3 tahun kami berkawan..

13 08 2014
aku pening

waalaikumussalam. macam ni lah ye nasrul. mungkin dia perlukan perhatian lebih daripada awak. dia nak awak tahu dia nak rasa lebih dihargai. kalau macammana perempuan sibuk sekalipun tapi kalau dengan orang yang dia sayang.. dia akan tunggu msg daripada orang yg dia sayang tersebut. mungkin dia memang jenis begitu. mahu bermanja dengan awak tapi awak yang xdapat mengerti. ataupun, mungkin ada sesuatu dalam hati dia. kemungkinan dia perlukan masa untuk bersendirian atau paling tidak, dia sudah berkenalan dengan orang lain yang mungkin lebih baik. ini cuma tanggapan saya sahaja ya xperlu percaya 100%. pokok pangkalnya, segalanya perlukan perbincangan. rasanya xperlu setiap kali mesti bergaduh dan bermaki-makian. awak perlu berjumpa dengan dia dan berbincang secara baik dengan dia. perempuan cepat lembut hati. mungkin dengan cara awak slow talk dengan dia, dia akan faham isi hati awak sekaligus awak dapat mengetahui apa sebenarnya dalam hati dia. bawak la dia keluar, jalan2 n gelak2, lepas tu baru awak berbincang dengan dia. ok?

15 09 2014
cancergurl

Salam, saya ada masalah..apa yang perlu saya lakukan jika kita ingin mendirikan masjid, tetapi keluarga lelaki sangat mementingkan pantang larang dimana tak boleh berkahwin serentak dalam tahun yang sama. Jika berkahwin pada tahun yang sama akan berlaku sesuatu yang tidak baik seperti penceraian, tidak dapat zuriat atau sebagainya.

Untuk pengetahuan admin, kekasih saya mempunyai dua orang kakak yang belum berkahwin. Sedangkan kalau diikutkan kedua-dua kakak boleh membuat majlis pada tahun yang sama kerana kedua-dua sudah bertunang. Dan kami terpaksa menunggu lagi dua tahun untuk membina masjid. Itu memberikan tekanan kepada saya, dimana kedua ibubapa sering bertanyakan tentang hubungan kami.

Buat masa sekarang hubungan kami tidak seperti dulu, kami sering betengkar, tidak sependapat dan sebagainya. Kekasih saya ada mengajak saya bertunang hujung tahun ini, tetapi saya tidak mahu kerana tidak mahu mengikat tali pertunangan selama dua tahun, itu terlalu lama bagi saya.

Saya tahu, kekasih saya seorang yang baik, penyabar. Tapi saya juga tahu dia sangat mengutamakan keluarganya terutama kakak-kakaknya. Kadang-kadang kakaknya sering jugak masuk campur dalam hal percintaan kami, itu juga membuatkan saya tertekan. Boleh dikatakan masa depan kekasih saya kakaknya yang akan menentukan.

Untuk pengetahuan admin, umur saya 25 tahun, dan kekasih saya 26 tahun. Sudah tiba masanya saya rasa untuk mendirikan rumahtangga memandangkan kami sudah bercinta hampir 3 tahun.

Harap admin dapat membantu saya, apa yang perlu saya lakukan. Adakah meneruskan hubungan sedangkan hati saya dah tawar untuk semua itu, atau saya harus memutuskan hubungan ini walaupun saya masih sayangkan kekasih saya.

Terima kasih. Harap boleh membantu memberi pendapat atas masalah saya ini.

2 10 2014
Sarah

Assalamualaikum..
saya kerja setempat dengan bf n kawan baik dia.. bertiga.. pada mulanya ay dgn kawan baik bf x rapat tapi lame kelamaan jadi semakin rapat.. sebab dia la tempat saya mengadu.. dia la tempat saya luah perasaan.. masalah sekarang.. dia pun dah ada gf.. saya pun ad bf(kawan baik dia.).. melalui pandangan mata dia.. saya tahu die sukakan saya tapi kami msg2 dah berpunya.. saya pula semakin hari terasa semakin jauh dgn bf saya.. n semakin hari saya terasa ada satu perasaan antara saya dan kawan baik bf saya tu.. ape perlu saya buat

22 10 2014
4zim499

Saya nak bertanya . Lelaki itu sudah lama tahu yg sangat menyukai dia. Tapi saya tahu yang dia sudah berpunya. Girlfriend dia pula sudah berputus asa dengan lelaki itu. Tapi bila saya bertanya kepadanya adakah dia betul2 menyukai girlfriend dia itu. Dia hanya menjawab “ianya tak penting untuk kau” apakah yang dia maksudkan?

3 01 2015
dalilasyiQin

kadang kala saya rase dia suke saya kadang tidak…ramai kawan2 saya mengatakan bahawa si dia sukakn saya.. tapi saya lebih mengharapkan untuk ber kawan sahaja dengannya. namun pabila die dah lame tak wassup saya, saya mulai tertanya-tanya “kenapa dia tak wassup aku nih?”. ialah takkan aku pulak nak mulakan untuk wassup dengan dia sebab aku pompuan kang ape pulak yg die fikir….. kebiasaannya dia yang akan wassup aku dahulu barulah kami mula menyembang n kadang2 rase seronok lah ber’wassup’ dengan die… hehe
# saya nak tanya… apakah perasaan saya sebenarnya? dan apakah perasaan dia pada saya sebenarnya?

10 01 2015
muhd azim haikal bin azri

Saya ingin bertanyakan apakah yang harus saya buat dalam situasi saya ini. . Saya telah berpasangan dgn sy sudah setahun tetapi sejak kemunculan sepupunya kami sering bergaduh. . Lama kelamaan kami putus disebabkan sepupunya. . Setelah beberapa mimggu saya putus dgn dy saya mndapat khabar berita yg dy dan sepupunya bukan sepupu. . Dy telah menipu sy. . dy telah couple lebih lama dri saya. . (Saya digame) tetapi sy x brape prcaya kerana dy sngt baik sblum kedatangan sepupunya. . Sy mendapat screen shot dri kawan yg mereka saling merisaui apabila sepupunya sakit. . Aku rebah. . Sy meminta petunjuk dari allah . . Rakan2. . Tolonglah saya sebab fikiranbsaya buntu. .

21 01 2015
cute

Assalamua’laikum..

Saya ada berkawan dengan seorang lelaki ni…dan kmi ada bercadang utk melangsungkan pertunangan bln 10 ini..keluarganya akn dtg merisik dlm bln 5 ini…masalah saya skrg ialah saya masih was2 smada utk teruskan hubungan ini atau tidak..sbbnya lelaki yg saya kawan ni muda 3 tahun dri saya..sebaya adik saya…umur saya sekarang 24 tahun…kami knal dari satu pusat pgajian dan sekarang sedang menjalani latihan praktikal di sebuah syarikat swasta. Bulan ini adalah bln terakhir tamat praktikal dan bermula bulan februari ini kmi baru diserap sebagai pekerja tetap di syarikat ini..maknanya mulai bulan dua ini kmi baru bercadang utk mngumpul duit utk berkahwin.

Pada pendapat saudara/saudari, patutkah saya menerima lamaran lelaki ini?

Utk pngetahuan, lelaki ini dia bersungguh2 nak kan saya..dia xnak kehilangan saya..dia xkisah walaupun saya tua dari dia..katanya dia boleh bimbing saya..kmi xpernah kluar skali,klo nk jumpa dia dtg rumah saya trus..fmly pon dah kenal dia..fmly slalu tya dkt dia psal hbgn kmi…katanya dia mmg nk buat cara elok iaitu berkahwin..

Pernah jgk dia bgtahu nak share duit blnja perkahwinan kmi klo fmly saya letak mahal..katanya kena bantu dia la klo nak kawen..sbbnya dia takot xmampu kumpul duit dalam masa yg singkat itu..huhu..kmi bcdang bkahwin tahun 2016..apa pendapat saudara mengenai perkongsian duit belanja ini?

Harap saudara/saudari dapat membantu masalah saya ini.

23 01 2015
fida

asalamualaikum….aq musykil ni pliss jawap….
aq penah lepaskan seseorang yang menyayangi aku…masa tu umur aku 15 tahun…..sekarang aku da 20 tahun dan dia 22 tahun……aku dapat balik contact nan dia…dalam beberapa minggu kami bekawan……dia penah bagitau tarikh lahir dia yang sedangkan aku dah tau…dia cakap semoga aku jadi yang pertama ucapkan…….dia cakap dia sayang aku……dia ada juga ungkit kisah yang aku tinggalkan dia…dia kata dia kecewa sangat….tapi pas beberapa hari aq bagitau yang aq masih sukakan dia…..jawapan dia….dia masih ingin sendiri…..tersentap juga la…….sebab aku xpernah cakap kat lelaki direct camtu….sbb dia la lelaki yg aq pnh suka…. bole x bg komen….

11 04 2015
shasha

saya dah putus dgn bekas kekasih saya lebih kurang 6 bulan yg lalu, dan atas sebab sebab tertentu saya secara jujurnya terlalu susah nak move on. pelbagai cara saya dah lakukan tapi tetap tak boleh, dan setiap kali saya dah boleh lupakan dia sekejap, tiba tiba dia contact saya semula. Itu telah menyebabkan bertambah sukar saya nak melupakan dia.

Sejak akhir akhir ini, saya kerap memikirkan dia, terlalu kerap hingga saya pernah mimpikan dia beberapa kali. Tiba suatu hari, apabila saya pulang dari kerja, saya check phone saya ada miscall drpd dia. Pada waktu itu tak tergambar perasaan saya, terlalu happy. Dan kami sempat berhubung selepas itu selama 2 hari. Itu juga sudah memadai bagi saya.

Persoalannya, saya keliru sbb saya yg selalu fikirkan tentang dia, rindukan dia, fikirkan keadaan dia, tetapi kenapa dia pulak yg contact saya? Sedangkan saya fikir yg dia sudah melupakan saya. Adakah dia juga ada perasaan yg sama atau ini semua adalah kebetulan?

14 05 2015
Jaja

Assalamualaikum w.b.t, sy kenalkan diri sbgai jaja. Harap semua dpt berikan pndapt ;)

Sy brcinta dgn bekas kekasih yg brnama A hampir 5 tahun. Tapi putus tgh jln disbbkan A ad prmpuan lain. Sedih dn sakitnya Allah shj yg tahu. Bygkanlah kita bercinta dh lama lepastu dpt berita yg si kekasih curang n dh lama ad hubungan dgn perempuan lain. Mesti terasa bodoh nauzubillah sbb kena tipu hidup2. Sakit x sakit? Org yg pernah lalui je yg tahu sakit dia tu mcm mana. Betul x? Sy tak marah A. Dn buat COOL je. N layan A tu sebaik mungkin. Entah lah rasa bodoh pon ea jgk masa tu. Dn tak lama lepastu ada sorang laki dtg dlm hidup sy n dia sgt lain. N selepas 2 bulan kami brkwn n kami pun mnjadi teman rapat. *bkn boyfie k! dgn harapan sy dpt lupakan A dgn mudah dan x diperbdoh lg dgn dia. Dlm masa sama si A still ada lagi. Kami x declare apa2 pun. Smpai 1 hari A dgr cerita dr kwn2 dia yg sy dh kapel dgn org lain lh apalah. Sdgkan brkawan aja tk lebih! Lagi 1, tahu pulak dia nak mara n konon nk cari laki tu n belasah dia sbb rampas awek dia. Puii.. Knp lh smpai mcm tu. sdgkan masa turn dia dulu sy xde pulak nk pegi jumpa pmpuan tu lempang dia ke tarik tudung dia ke. Sdgkan sy bole buat bila2 msa sy nk sbb pmpuan tu satu tmpat belajar dgn sy. Sy ckp kt diri sy BE PROFESSIONAL. Cehh ta elok pukul2 org ni. Pasal laki je pon. Adui..
Selepas few months sy terus lost contact dgn A. Even kami ta declare yg dh putus atau tidak. Tp bg sy sejak dari hari sy tahu dia curang tu lg sy dh anggap xde apa2 dgn dia.
Dn bbrp bulan lg lepastu tiba2 dia text sy ” secara tiba2″ tanya kaba n tanya tntang hubungn ktorang n nk berbaik semula. Sy tetap kata TIDAK! N dia sgt sedih n dia kata dia akan tggu saya smpai bila2 sbb dia nak kawen dgn sy., sy agak touching skit hal tu. tapi sy kena cool. Tak leh cepat melenting.

Haha dan hampir setahun kami berjauhan, sbb apa sy kata berjauhan ? Sbb masa tu dia dg smbung study dekat UITM. N dh lama jugak dia tak contact sy. Rindu? Jgn cakap lah. Mmg rindu. Tapi sy xpernah dn ta akan bgitahu dia. Pastu ada jugak kdg2 tiba2 txt tya kaba n mintak getback konon. Even ta tahulah kitorang dh putus ke? Haih complecated nye!!;(

N dgn tak semena2 sy dapat tahu dari rakan sy yg dia dah jumpa gf baru dkt uitm tu. perasaan sy??? ya allah. Hari tu saya meroyan. Menangis sepuas hati! Sedih yg amat sgt!! Sakitnya bila ingat janji2 dia yg dia kata akan tggu sy smpai bila2 n nak kan sy jadi isteri dia 1 hari nnty. Mana pegi semua tu?? ya allah.. *n mesti ramai yg trtanya2 “kenapa kau gedik sgt, dah byk kali si A mintak getback n kau yg taknak. So terimalah hakikat yg dia dh ad org lain!”
Sorry ea awk2 semua. Mama sy sndiri tau kisah yg dia curang dgn sy n sblm tu mama sy pon sygkan dia , terima dia n lastly dia dh punahkan harapan mama. So sejak haritu mama dah warn sy supaya jangan lagi ada hubungan dgn dia.. Haaa tu pon salah satu sbb knp sy ta terima dia semula. Sy takut kalau saya trima lagi teruk sbb dah lawan kata mama. Ya Allah;'(

Dan sekarang dah hampir setahun kami tak contact. Mmg nampak yg dia dah lupakan sy. Sedih sbb senang betul dia lupakan sy. Sdangkan sy makan hati bila dpt tahu dari kwn2 yg dia bahagia dgn gf skrg. Sy ta marah cuma bole doakan dia bahgia aje.
Bnda ni dh lama berlalu n saya dah pon jumpa pengganti. Iaitu lelaki yg sy ckp sebelum ni. Yg bukan boyfie tu skrg dh pon jadi boyfie secara official. N secara tak langsung plahan2 sy cuba lupakan A. Susah sikit sbb sy sgt sygkan dia. Tapi nak buat mcm mana. Masalah nye skrg saya selalu mimpikan pasal A. Selalu, kerap sgt sekarang ni mmpi pasal dia. So perasaan rindu tu makin membuak! Nak buat mcm mana dia dh ada org lain. Kalau boyfie skrg tahu mesti dia makan hati. Maaf:( Hurm. Bukan jodoh kami.

Saya pelik, walaupun pada mulanya dia yg curang dgn saya sdgkan saya tak pernah curang dgn dia, tapi knp smpai skrg sy yg terseksa. Spatutnya dia yg terima karma. Tapi knp sakitnya saya yg rasa? ;(

Semoga hubungan dengan yg sekarang kekal selamanya. Kami telah pun bercadang utk mengikat tali pertunangan selepas saya habiskan degree dlm bidang perguruan :)

Assalamualaikum w.b.t

19 07 2015
hottest bachelor

Saya bercinta lebih drpd 13org walaupun umur saya baru mencecah 29tahun . Gadis ke 14 ni saya anggap mcm my future wife . Saya kenal ngan seorang perempuan ni dlm masa 2 tahun , masa 1st kenal dia akan buat saya suka pada dia , then bila saya da beritahu dia yang saya sukakannya dia akan berlagak mcm busy , online whatsapp tp tiada reply (reply lewat) , dia akan buat mcm dia ignore saya . Saya buat 1 kesalahan besar iaitu saya pergi ke negeri kedah(tmpt dia tggl) a long way dr selangor tuk wt surprise n berjumpa dia tetapi dia berada di kl , u know what i do ? I meet her father! With ibu tiri dia . Bila dia dpt tahu mmg dia benci pada saya n dia putuskan hubungan kami terus . Setahun sy lost contact dgn dia dan tiba2 pada 2 bulan lepas dia menelefon saya .. Saya terkejut dan hubungan saya dengan nya kembali normal . Ada 1 masalah mengenai diri kami , iaitu kami berdua terlalu sensitif . Masa sy mcm x suka pada perangai dia dia akan memohon maaf maximum 2x , kali ke3 dia akan wt ignore n ada ayat yg sesuai yg sy patut describe ‘if it meant to be let it be’ . Hubungan kami terputus semula kerana sy give up dan xmahu hati sy dilukai setelah sy minta maaf dan tiada respon drpdnya. saya telah pn break hubungan kami . Tapi percaya atau tidak saya tidak dpt melupakannya.bahkan pula dia terlalu sibuk dengan urusan kerja nya dan adakah awak rasa dia akan ingat pada Saya? Apakah yg patut saya lakukan? Saya benci dengan perasaan ni. Saya boleh describekan perempuan ni ego. Tolong saya plz.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: