Cinta Sejati Langit dan Laut

2 01 2010

Dahulukala, langit dan laut saling jatuh cinta. Mereka saling menyukai antara satu sama lain. Oleh sebab sangat sukanya laut kepada langit, warna laut sama dengan warna langit. Oleh sebab sangat sukanya langit kepada laut, warna langit sama dengan warna laut.
Setiap senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan kata-kata ‘aku cinta padamu’ ke telinga langit. Setiap kali si langit mendengar penuh cinta laut, langit tidak menjawab apa-apa, hanya tersipu-sipu malu, wajahnya kemerah-merahan. Suatu hari,datang awan..
Begitu melihat kecantikan si langit, awan seketika itu juga jatuh hati terhadap langit. Tentu sahaja langit hanya mencintai laut, setiap hari hanya melihat laut sahaja. Awan sedih, namun tidak berputus asa, mencari cara dan akhirnya mendapat akal. Awan mengembangkan dirinya sebesar mungkin dan menyusup ketengah-tengah langit dan laut, menghalang pandangan langit dan laut terhadap satu sama lain.
Laut berasa marah kerana tidak dapat melihat langit, sehingga dengan gelombangnya laut berusaha mengusir awan yang mengganggu pandangannya. Tetapi, tentu sahaja tidak berhasil. Lalu datanglah angin yang sejak dulu mengetahui hubungan laut dan langit. Angin rasa harus membantu mereka menyingkirkan awan yang mengganggu.
Dengan tiupan yang keras dan kuat, angin meniup awan. Awan terpecah-pecah menjadi banyak bahagian, sehingga tidak berupaya lagi melihat langit dengan jelas, tidak berupaya lagi mengungkapkan perasaan terhadap langit. Kerana berasa tersiksa dengan perasaan cintanya mengunung tinggi terhadap langit, awan menangis sedih.
Hinggalah sekarang, kasih antara langit dan laut tidak terpisah. Kita juga boleh melihat di mana mereka menjalin kasih. Setiap kali memandang ke hujung laut, di mana ada satu garis di antara laut dan langit, di situlah mereka berpacaran





Haa..Tanda-Tanda Kekasihmu Mulai Curang

2 01 2010

PERNAHKAH terfikir orang yang kita sayangi mula berubah hati? Jika sebelum ini dia kerap menghubungi bahkan sentiasa punya masa dan bersedia membantu, kini segalanya sudah berubah.

Ramai yang sering mengandaikan kekasih yang dicintai tidak akan berlaku curang. Namun, tahukah bahawa sudah lumrah alam manusia menyukai dan lebih tertarik kepada sesuatu yang lebih baik daripada yang sedia ada?

Lantas, insan paling rapat dengan diri pun tidak boleh dipercayai kesetiaannya 100 peratus. Kita mungkin mencintainya sepenuh hati tetapi adakah si dia juga begitu atau hanya berpura-pura?

Berikut keadaan yang mungkin boleh dijadikan panduan untuk mengesan si dia mula ‘memasang’ yang lain atau petanda awal mengesan kecurangan pasangan:

  • Asyik resah melihat jam tangan apabila bersama anda.
  • Lazimnya anda dan si dia menghabiskan waktu yang lama bersama. Tetapi sejak kebelakangan ini, si dia asyik resah apabila bersama anda dan sesekali menjeling jam tangan seolah-olah ada hal lain yang lebih penting.Si dia juga sering mengejar masa sehingga anda sanggup ditinggalkan berseorangan kerana kononnya ‘ada masalah sedikit’.

    Jika situasi ini sering berlaku, anda patut berhati-hati kerana mungkin si dia berjumpa dengan kekasih lain dan anda hanya dijadikan ‘kekasih gelap’ atau sekadar di pinggiran.

  • Tiba-tiba saja mengadu sakit ketika bertemu janji dengan anda.
  • Asyik bertemu janji dan berseronok, tiba-tiba saja si dia mengadu sakit dan ingin pulang awal ke rumah.Ada-ada saja sakitnya, sakit perut, pening, lenguh kaki atau rasa hendak demam serta pelbagai alasan sakit sedangkan sebelum ini anda melihat dia sihat dan tidak menunjukkan sebarang tanda untuk jatuh sakit.Apabila anda menawarkan diri untuk menghantarnya ke klinik atau pulang ke rumah, dia menolak bersungguh-sungguh dan ingin pulang sendirian.Kemungkinan dia tidak sakit tetapi mencari alasan untuk melarikan diri daripada anda.

  • Kerap menolak pelawaan anda untuk keluar bersama.
  • Jika dulu, si dia ceria apabila anda mengajaknya keluar sama ada menonton wayang, makan atau sekadar bersiar-siar, tetapi kini dia sering menolak dengan 1,000 alasan.Jika si dia keluar pun setelah puas dipujuk dan dirayu. Situasi ini mungkin disebabkan si dia sudah bosan dengan anda dan ingin meninggalkan anda.

  • Menjadi panas baran dan sering mencari kesilapan anda Si dia berubah sikap daripada seorang penyayang menjadi pemarah. Kesilapan anda yang paling kecil pun seolah-olah besar baginya dan anda sering dimarahi walaupun di depan orang ramai.Walaupun anda cuba sedaya-upaya mengelak melakukan kesilapan, si dia tetap cuba mencari kesilapan anda. Paling teruk jika si dia sudah tidak segan-silu menengking atau memaki hamun anda disebabkan perkara kecil ataupun kesilapan yang tidak disengajakan.Jika situasi ini berlaku, lebih baik anda meninggalkannya kerana sudah jelas dia sudah tidak lagi menghargai anda sebagai kekasihnya.Mungkin si dia sedang mencari jalan untuk mewujudkan kebencian anda terhadapnya dan berharap anda akan meninggalkannya. Tidak guna merayu lagi kerana layanan buruknya hanya menyebabkan anda menderita.
  • Sudah tabiat pasangan bercinta, suka membelek-belek telefon bimbit pasangannya tetapi si dia tidak membenarkan anda memegang apatah lagi membelek telefonnya.Jika si dia jujur dan ikhlas dengan anda, sudah pasti dia membenarkan anda melihat kandungan memori telefon bimbitnya sama ada sistem pesanan ringkas, nama pemanggil mahupun simpanan nombor telefonnya.Dia tidak akan berasa takut atau bimbang kerana kejujurannya pada anda. Namun, sekiranya dia berkeras tidak mahu anda membelek telefon bimbitnya, anda patut berasa curiga.Pada awal percintaan, si dia asyik menelefon anda sehingga berkali-kali dalam satu hari. Sentiasa mengambil berat dan menelefon walau untuk bertanya sudah makan atau belum.Jika suatu hari tidak mendengar suara anda, pasti si dia resah. Tetapi sekarang dia tidak lagi rajin menelefon dan ada kalanya tidak menelefon anda langsung.Anda pula yang terpaksa menelefonnya dan kelihatan terdesak! Apabila ditanya ada saja alasannya dan paling popular ialah sibuk.
  • Tidak lagi rajin menelefon anda
  • Situasi ini menunjukkan dia tidak lagi berminat dengan anda dan mungkin hanya akan kembali menelefon anda apabila ada kepentingan lain.





    Petanda Anda Telah Jatuh Cinta

    2 01 2010

    Bila kita bicara soal hati terlalu sukar untuk memahaminya walaupun diri kita sendiri.

    Aku pernah menjadi teman biasa kepada dia.. kemudian pertemuan yang kerap membuahkan sesuatu di dalam hati ku. Benarlah kata orang, persahabatan antara perempuan dan lelaki itu sebenarnya tidak akan mungkin terjadi. Pasti akan ada bibit-bibit cinta yang akan lahir, cuma samaada di luahkan atau tidak. Jika tidak maka akan kekallah persahabatan itu sebagai ikatan sahabat.

    Tidak seperti kawan-kawan lain yang masih terikat dengan kepercayaan takut digelar “Perigi mencari timba” aku membuat satu keputusan drastik. Jika kita memendamkan sahaja segalanya kita akan dihantui persoalan “What if?”… Aku tidak mahu dihantui persoalan itu seumur hidup. Lagipun what if aku tidak berterus-terang dengan dia tapi sebenarnya dia juga mempunyai perasaan yang sama seperti aku? Pastinya yang rugi aku juga kan. But what if after I tell him everthing dan dia tidak mempunyai perasaan yang sama seperti aku? Risiko yang terpaksa ditanggung jika aku inginkan kepastian…

    Tapi adakah ini cinta? Sekarang jika aku tidak melihatnya aku akan begitu merindui dia. Walau hanya melihat dia dari jauh tanpa sempat berbicara dengannya pun hati aku akan berbunga-bunga indah sepanjang hari. Walaupun aku hanya sempat melihat hujung kasutnya sahaja, rindu ku sudah terubat. Melihat dia berjalan beriringan dengan gadis lain bisa membuat hati ku panas. Setiap kali dia datang untuk berbicara dengan aku hati ku berdebar-debar. Kalau ini bukan cinta apa lagi? Hati ku terseksa memendamnya. Untuk meluahkan secara berdepan aku tidak punya kekuatan.

    Lalu sepucuk warkah ku layangkan kepadanya. Dengan hati berdebar aku menanti jawapan dari dia: ditolakkah cinta ku atau diterimakah cinta ku? Namun jawapan yang aku nantikan tidak pernah diberikan. Tidak secara langsung.

    Tapi aku puas, walaupun aku dihantui oleh jawapan sebenar dia sekurang-kurangnya dia sudah tahu isi hati ku. Dan untuk menyedapkan perasaan sendiri aku anggap keengganan dia untuk rapat seperti biasa adalah tanda penolakan cintanya. Namun aku keliru…tika aku ingin menerima kenyataan dan mula mengikut rentaknya untuk tidak saling bersapa lagi, tindakannya hampir mencium aku didepan pelajar lain membuatkan aku tertanya-tanya apa sebenarnya perasaan dia terhadap aku?

    Terima Kasih Buat alicesona19





    Cinta: Sudah Dewasakah Aku Untuk Menerimanya?

    2 01 2010

    Apabila usia kian meningkat & kedewasaan mula menular di hati, aku tidak dapat lari dari realiti hidup yang manusia mahu menyayang & disayangi. aku mula sedar apa ertinya ungkapan sehari tak berjumpa umpama setahun lamanya. rindu menyeksa batin tapi nikmat sesudahnya tak terucap oleh kata2. sedar jua aku…mengapa ada yang lari dari realiti sehingga lautan api sanggup direnangi…

    biarkan persoalan cinta tuhan…itu lebih sukar didefinisi,biar bermain dgn cinta manusia,itu sudah cukup hebat terasa.

    dulu di kolej,forum tentang cinta seolah kurang maknanya buat aku…tapi kini persoalan itu berubah serius. namun aku tak fahami…memang bila menyelami persoalan cinta terasa murni & indah segalanya..bila masing2 saling mempercayai,jujur & tiada khianat. seolah2 segala macam persoalan & lingkungan masalah y menjadi realiti hidup terketepi.
    semakin dalam menyelam…saling berperasaan antara satu dgn y lain seolah2 punya chemical bond y cukup kuat hinggakan kita terasa sanggup buat apa jua demi insan y kita cintai…hebatnya cinta.tak usah larii dari realiti…itu hakikatnya.

    namun…bagaimana aku bisa mengungkap persoalan ini…apabila kita disulami rasa cinta & tidak tenggelam dengannya…tidak buta kerananya,waras & rasional,tahu mana arah tuju cinta…maka lebih nikmat cinta itu terasa sebenarnya. patutlah insan y menahan & bersabar sehingga akhir hayatnya seolah2 syahid kecil buatnya..berat perasaan y tertanggung bisa membuat insan gila… & bila sampai seru,masa yang sesuai n berani utk mencapai tujuan maka hasrat pun dinyatakan pada insan itu. lantas hubungan itu dimulai(bukan diakhiri) oleh pernikahan. & bermulalah kisah cinta y tidak seharusnya bermula sebelum itu.

    bila manusia tenggelam dalam lautan cinta y tak bertepi, karamnya itu juga selalu bermakna karamnya dia dalam lautan dosa. kehidupan aku di UK, aku seolah2 melihat(tak tahu betul x)…cintanya muda mudi hanya dihiasi seks n mudahnya mengungkap kata cinta pada kawannya…namun selalunya tak kekal lama. namun bila berbekal prinsip & jalan y benar maka hebatnya dugaan membuat bertambah rasa cinta & ingin…budaya ketimuran y aku pegang aku sedar rupanya banyak memelihara aku dari terkandas di persimpangan,tak tahu memilih y mana patut dituju…

    lebih tepat aku perlu katakan…Islam mengajar aku memilih jalan y patut kutuju…walau aku tak sehebat kawan2 y lain, berbekalkan sedikit ilmu y aku belajar dari mereka mana batas y aku tak harus lewati. perasaan malu yang datang juga bisa sedikit sebanyak memelihara aku agar perbatasan itu terjaga hinggalah pada titik pernikahan…lahirnya malu itu jua dari iman.

    ah…indahnya bayangan itu.jalan2 waktu malam atau senja di mana2 taman berpegang tangan bersama isteri..n sekian sekian. mungkin menunggang kuda bersama n kemudian minum petang bersama. tatkala itu pandangan terus mata ke mata bukanlah lagi panahan syaitan buat jiwa yang meronta tapi nikmat tuhan pada insan y bergelar hamba…mungkin aku sedikit kebudakbudakan berimaginasi seperti itu…tapi aku percaya pada janji tuhan,agar aku usaha utk menjaga & trus berdoa,maka akan terkabul jua…tak didunia akhirat masih ade kalau amal cukupla..
    bila berkahwin…syukuri seadanya pasangan y ada n pastikan erti hidup pada memberi tanggungjawab…n bukan meminta tanggungjawab org pd kita…kerana disitulah lahirnya kebahgiaan.

    n akhirnya…aku sedar n aku tahu ungkapan ini,namun masih aku gagal memanifestasikannya dlm kehidupan ini…namun sedikit sebanyak aku mula faham & mengerti tafsirannya…

    “memang jiwa remaja diciptakan kosong agar hatinya diisi rasa cinta pada ilahi”-dan kerana itu banyak hadith n nas y memuji serta memberi jaminan tingginya tempat golongan pemuda ini di hari y pasti akan tiba.

    orang kata, hidup dunia kejap so live it to the fullest…benar tapi adakah anda nak try smua,minum arak hingga boleh bwk accident,nak hisap rokok,macho n cool…tapi anda tahu juga lung cancer akhirnya…

    maka biarlah ungkapan live life to the fullest itu berdasarkan prinsip & landasan @paradigm y tepat.

    buat Muslim…dalamilah Islam kerana disitu perspektif sebenar n disitu keseronokan hakiki + spirtual satisfaction bisa dicapai.