Kisah & Tauladan


Salahkah Mencintai Seorang Insan?

KEINGINAN untuk cinta orang lain dan rase dicintai…

mmg la naluri setiap antara kite. Ia akan tetap begitu…lelaki akan tertarik pade perempuan dan perempuan pun same. samade orang tu dah lame kite kenal, atau baru je jumpe, naluri tu tetap ade. mgkn atas pelbagai sbb: die baik, lawa, pemurah, periang, peramah dan macam2 lagi..takkan adenye yang tak rase perasaan ni..mustahil! sbb dah menjadi fitrah manusia…jgn cube menafikannye tapi yang perlu adalah mengawalnye.


SALAH ke kalo suke kat seseorang?

takdela..mane ade salahnye..dah rase cinta tu..Allah yang bagi. tak salah menikmatinye. kalo tak, takkan adenye yang bernikah dan berkahwin untuk elak maksiat atau menyempurnakan separuh agamanye. tak salah kite suke, sayang, rindu kat seseorang…tapi, kesalahan2 yang dilakukan semase bercinta yang salah tuh! kesalahan camner? korang pun leh pk..berangan2kan orang tu, lebihkan die lebih dari Allah..satu care je nak jamin kite tak buat kesalahan..camner? bercinta lepas kahwin la, kgkwn! (susah2 gak..tapi, kalo korang tak nak buat kesalahan dan dapat kemurkaan Allah..kite mesti sanggup tunggu) kite sanggup buat ape2 saje demi die..tapi ingat, Allah paling penting dalam hidup kite..nak buat pape, Allah mesti kite consider. walaupun terpakse berpisah dgn awek/pakwe kite. mane lebih penting..cinta kite pade kekasih kite yang amat kite sayangi atau cinta kite pade tuhan kite (Allah) yang amat menyayangi dan memaafkan kite?

TAPI…aku sayang sangat kat die…….

satu hadis mengatakan…

“jika seseorang hamba Allah menahan keinginannye dari sesuatu yang haram (kerana Allah) maka Allah akan memberikan sesuatu yang diingininya itu mengikut jalan yang halal”

tula…nak tahan, mmg la susah. tapi, korang bacela hadis ni n renungla…pasti korang takkan ragu2 untuk memutuskan cinta (pade kekasih) untuk CINTA (pade Allah). Allah tak pernah dan tak akan mungkir janji. pernah dgr kisah pade zaman dahulu tntg seorang ayah yang berpihak pade Islam dan seorang anak yang berpihak pade musuh islam?

camni..dalam perang badar, Saydina Abu Bakar r.a. yang berpihak Islam berperang dgn musuh Islam termasuklah anaknye yang pade ketika tu tak masuk islam lagi. waktu perang sedang berlaku, anaknye selalu elak dari bertembung dgn ayahnya. takut2, die terpakse bertaruh dgnnya.
lepas beberape thn berlaku perang tu,
anak Abu Bakar ni telah peluk Islam dan luahkan isi hati die “ayah, waktu perang badar, anakanda slalu elak dari bertembung dgn ayahanda sebab anakanda sayang ayah walaupun beza kenyakinan”
ape yang Abu Bakar jawab?
“demi Allah, kalo ayah bertemu dgn kamu, pasti ayah tak teragak2 untuk pancung kepalamu”
tu la CINTA Abu Bakar pade Allah…sampai sanggup bunuh anaknya sebab anaknye tak percaye pade Allah dan menyekutukanNya.
kgkwn…untuk dapat CINTA, kite kene korbankan cinta. percayelah, setiap perbuatan korang untuk mengelak dari yang tak baik (couple terutamenye), Allah takkan sia2kan pengorbanan dan ketaatan korang.

dalam ayat Al-Quran…

“sesungguhnye sume kebaikan dapat menghapuskan kesalahan2 kamu..” [11:114]

“sesungguhnya nafsu itu selalu dorong kepada kejahatan” [12:53]

____________________________________________________________________

Kisah Benar 1: Isteriku “Isteri” Orang Lain?-Kisah Isteri Curang

Minta tunjukkan kebenaran dalam rumah tangga

Siapa sangka, seorang isteri berperawakan lemah lembut, bertudung labuh dan kuat pegangan agama rupa-rupanya bertuankan nafsu apabila sanggup menjalin hubungan sulit dengan suami orang.

Padahnya, dia dicekup suami dalam keadaan hanya memakai baju tidur tanpa coli manakala pasangannya tidak berbaju, sekali gus membawa kepada runtuhnya rumah tangga yang dibina selama 10 tahun.

“Nyata doa saya ketika di Makkah supaya Allah SWT menunjukkan kebenaran di dalam rumah tangga saya termakbul. Saya bukan mahu memalukan bekas isteri, tapi ingin berkongsi pengalaman supaya menjadi iktibar kepada orang lain,” kata Azman, 30-an.

Ikuti pengakuan Azman sepenuhnya:

“Terus terang saya katakan, sepanjang hidup bersamanya, tidak sedikitpun saya meragui kesetiaannya. Saya yakin dia setia kepada saya memandangkan perkahwinan kami atas dasar suka sama suka.

Ketika bersusah payah membangunkan perniagaan, dia menjadi inspirasi dan semangat untuk saya. Tanpa dia, mungkin saya tidak mampu mengharungi pahit getir dalam dunia perniagaan.

Lebih daripada itu, saya yakin, perawakannya yang lemah lembut, bertudung labuh dan latar belakangnya yang kuat pegangan agama tidak mungkin membuatkan dia sanggup melakukan perbuatan yang menyalahi hukum agama.

Dia melayan saya dengan sepenuh tanggungjawabnya sebagai isteri. Apa saja permintaan saya dia akan penuhi.

Kami bertambah bahagia apabila dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia sembilan tahun.

Namun, ketika perniagaan saya berkembang dan kami sekeluarga mengecap kesenangan, ada rakan memberitahu pernah melihat isteri saya bersama lelaki lain dalam keadaan mencurigakan.

Ketika itu memang saya tidak percaya langsung dan akibatnya saya bertumbuk dengan rakan yang menyampaikan maklumat itu.

Begitupun, cerita mengenai kecurangan isteri saya tidak pernah tamat kerana ada saja rakan menyampaikannya kepada saya.

Antara yang paling menyakitkan hati ialah ada yang memberitahu, isteri saya membuat pengakuan bahawa dia sudah berpisah dengan saya.

Dalam keadaan sedemikian, saya masih bersabar dan membuang perasaan curiga terhadap isteri. Saya tetap melayannya dengan baik dan pada masa sama dia juga begitu.

Pada Ramadan tahun lalu, saya ke Makkah mengerjakan umrah dan di depan Kaabah saya berdoa supaya Allah SWT terus merapatkan hubungan saya dan isteri. Pada masa sama saya juga memohon kepada Allah supaya menunjukkan kebenaran jika ada kekurangan dalam rumah tangga saya.

Pulang dari Makkah, saya menghadiahkan isteri gelang kayu Kokka. Tidak lama selepas itu rakan memberitahu, lelaki yang dikatakan menjalin hubungan sulit dengan isteri saya ada memakai gelang sama.

Apa disampaikan rakan saya memang benar kerana tanpa pengetahuan saya, isteri saya menghadiahkan gelang berkenaan kepada lelaki itu.

Saya memang sakit hati tetapi kerana perasaan sayang masih menebal, saya buat tak tahu saja.

Bagaimanapun, pada satu malam doa saya dimakbulkan Allah apabila saya bagaikan diberi petunjuk mengenai kecurangan isteri.

Entah bagaimana, ketika itu tidak semena-mena kereta yang biasa saya gunakan rosak secara tiba-tiba dan saya pulang ke rumah menggunakan kereta lain.

Tidak seperti kebiasaan, saya pulang awal sedikit. Ketika sampai di rumah, saya melihat kelibat seorang lelaki keluar dari pintu belakang dan menguncinya.

Berderau darah saya ketika itu dan dengan menggunakan segala kudrat yang ada, saya mengejar dan berjaya menangkapnya.

Ternyata, dia adalah lelaki seperti digambarkan rakan saya. Dalam keadaan tidak berbaju, saya mengheretnya ke dalam rumah dan ketika itu isteri saya dalam keadaan kusut, memakai baju tidur tanpa coli. Saya periksa bilik dan mendapati katil ‘bersepah’.

Tanpa sedar, air mata saya mengalir dan benarlah apa yang diberitahu rakan selama ini. Sudah jelas, isteri saya curang. Jika bersama lelaki lain di dalam rumah dalam keadaan mencurigakan, apa lagi yang mereka lakukan jika tidak membuat maksiat?

Namun, seperti orang tidak bersalah, kedua-duanya berbuat muka selamba. Isteri memberi alasan lelaki itu datang ke rumah kerana mahu membetulkan paip.

Apabila diperiksa, ternyata isteri saya berbohong apabila paip rumah saya tidak rosak dan lelaki itu tidak pula membawa peralatan membaiki paip.

Seperkara lagi, lelaki itu masuk ke rumah secara bersembunyi berikutan keretanya diletakkan jauh dari pekarangan rumah.

Bengang dengan reaksi mereka, saya bawa mereka ke balai polis dan membuat laporan. Sedikitpun mereka tidak menunjukkan perasaan takut. Kesudahannya mereka dilepaskan selepas dijamin keluarga masing-masing.

Sejak itu, kami duduk berasingan hinggalah kami bercerai baru-baru ini. Saya mendapat hak penjagaan anak.

Apabila difikirkan kembali, apa salah saya sehingga dia sanggup berbuat begitu. Hendak apa saja saya berikan. Malah satu ketika dia pernah berkata kepada anggota keluarga saya, dia tidak tahu hendak membeli apa lagi kerana semua benda boleh dimilikinya.

Keluarga saya memang kecewa, apatah lagi ibu saya. Dia adalah menantu kesayangannya, tetapi apa yang berlaku benar-benar mengejutkannya.

Keluarga bekas isteri pula meletakkan kesalahan di atas bahu saya. Mereka menyifatkan saya terlalu cemburu.

Saya hairan, adakah perbuatan bekas isteri saya melakukan maksiat bersama lelaki lain dan saya sendiri yang menangkap mereka perlu dimaafkan?”

Apakah yang wajar dilakukan?

2 responses

15 12 2011
siz

hurmm sedihnya cerita kamoo ni…apa puun semua ketentuan allah..bsabar yea..

12 09 2012
ummi nadiah

Mungkin hubungan bersama isteri tidak dpt memberi lbih baek,krn hbungan bersama penting dlm rumah tgga.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: