LAILA & MAJNUN : Keagungan Cinta Abadi

27 01 2010


Rasanya semua orang pun tahu cerita pasal Laila dan Majnun ni kan. Satu kisah cinta yang agak famous. Sejak dari kecik lagi saya dah dengar cerita pasal diorang. Tapi masa tu saya tak adalah berminat sangat nak ambik tahu, malah filem Laila Majnun pun saya tak pernah tengok. Yang saya tahu kisah ni pasal Majnun yang jadi gila sebab cinta dia pada Laila tak kesampaian.

But then, saya ternampak buku ni kat kedai buku dan terus terdetik kat hati nak beli (sebenarnya sebab tak banyak pilihan lain hehe..). Mula-mula saya ingatkan cerita Laila dan Majnun ni cuma cerita rekaan je, sama macam cerita-cerita dongeng yang lain. Tapi rupa-rupanya Si Majnun (atau nama sebenarnya Qays bin Al Mulawwah )ni memang wujud. Dia hidup masa zaman Daulah Umayyah dan meninggal dunia sekitar tahun 65 atau 68 Hijrah. Dan rupa-rupanya si Qays ni pun bukan sebarangan orang. Ayah dia merupakan pemimpin kabilah bani Amir yang bernama Syed Omri. Ayah dia ni tersangatlah kaya dan merupakan pemimpin yang disegani. Manakala si Laila pulak dari keturunan Bani Qhatibiah.

Honestly cerita Laila dan Majnun bukanlah cerita yang akan membuatkan kita terawan-awan sampai rasa nak bercinta dan dan tu jugak. Dari awal sampailah ke hujung cuma ada kisah keperitan Laila dan Majnun mengejar cinta yang tak kesampaian. Hairan kan, ada rupanya manusia seperti Majnun yang mengabdikan seluruh hidupnya demi cinta pada Laila.

Nasi lemak buah bidara,
Sayang selasih hamba lurutkan ,
Buang emak buang saudara ,
Kerana kasih hamba turutkan.

Tapi dalam kisah ni Si Majnun bukan hanya membuang emak dan saudara, malah seluruh kehidupannya turut di buang. Dia sanggup berkelana meredahi gurun dan hidup bersama binatang buas, meratapi cintanya pada Laila. Dia tak peduli lagi pada dunia sekelilingnya, keluarga, harta dan kemewahan. Malam dan siangnya cuma ada Laila, Laila dan Laila.

Tapi sejujurnya yang buat saya tersentuh sampai menitiskan airmata bila baca buku ni bukanlah kisah cinta Laila dan Majnun. Yang buat saya sedih bila baca part ayah Majnun, Syed Omri. Sebelum Majnun lahir, tak putus-putus dia berdoa pada Tuhan agar dikurniakan seorang putera sebagai pewaris. Bertahun-tahun lamanya dia menunggu, tanpa jemu-jemu. Akhirnya doa dia dimakbulkan tuhan, maka lahirlah si Majnun. Segala kasih sayang dia curahkan, bagi didikan sesempurna mungkin tapi akhirnya bila dah besar begini pulak jadinya Si Majnun, terlalu memuja cinta sampai jadi gila.

Tapi Syed Omri tak pernah putus asa. Berkali-kali Majnun menghilangkan diri, si ayah tetap setia menanti. Malah di utuskan orang agar mencari anaknya. Di pujuk rayu dengan penuh kasih sayang agar si anak kembali pada asal, malah sehabis daya dia berusaha demi melihat permata hatinya bahagia. Malangnya tak berjaya. Sampailah ke akhir hayat dia, si Majnun tetap tak nak berubah. Dia menghembuskan nafas terakhir dalam keadaan kecewa, tanpa anak lelaki kesayangan dia disisi.

Saya tak tahu cinta Laila dan Majnun betul-betul cinta sejati atau tidak. Mungkin ya, melihatkan betapa menderitanya mereka. Tapi entahlah, kalau di liihat dari sudut lain, cinta mereka sebenarnya turut memusnahkan jiwa-jiwa yang lain. Jiwa ayah dan ibu Majnun, ayah dan ibu Si Laila, malah suami Laila, Ibnu Salam yang akhirnya meninggal dalam kehampaan akibat cinta yang tak terbalas.

Mungkin ke sebenarnya Laila dan Majnun hanya mementingkan diri sendiri, sampai lupa pada perasaan orang sekeliling? Tapi orang yang dah tersihir oleh cinta, kadang-kadang memang susah nak berfikir secara rasional lagi kan? Apa yang ada di hadapan mata cumalah sang kekasih hati. Yang lain-lain tolak tepi. Ermm..boleh ke kita kita panggil ni cinta sejati? Saya tak tahu sebab saya belum pernah bercinta hehehe….

p/s : bertahun-tahun menderita, tapi akhirnya tetap tak bersatu..betapa sedaya upaya kita mencuba tapi jodoh itu tetaplah ditangan Tuhan..He knows better than us..🙂

Terima Kasih Buat Cinta Cukulet

Tindakan

Information

One response

27 08 2013
no name

erm… maybe la kan. begitulah cinta sejati sebenarnya. Cinta itu tidak salah kerana mereka bukan buat maksiat seperti zaman sekarang…kan?? so fikir2 fikirkan la ye…bertuahlah badan dapat cinta sejati…haha.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: