Karya Pengunjung: Tips Mengelakkan Hubungan Hambar

4 01 2010

Haa ini ada tips untuk kekalkan hubungan bagi yang sedang bercintan-cintun. Ia bagi mengelakkan sebarang pemasalahan dalam hubungan korang:


1. ELAKKAN DARI BERPRASANGKA

jika sedang ‘hot’,bukan hot air panas tp hot dimana sedang marahh ok? tak bermakna si dia sedang marahkan kamu.Atau,jika si dia tidak pernah mengungkap kata cinta,bukan bermakna si dia tidak cintakan kamu.Mungkin ia ada cara tersendiri untuk pamerkan kasih sayangnya.So jgn paksa si dia mengungkap sayang/cinta kpd kamu.Cinta tidak hanya diungkap dibibir,cara dan tingkah laku saja cukup memandai untuk gambarkan perasaan si dia kepada kamu.

2. LINGKUNGAN KEHIDUPAN

Walaupun dah ada kekasih,tak bermakna kamu harus lupakan dunia kehidupan kamu sebelum ini.Kamu harus tetap jalani seperti biasa,cuma ia di serikan dgn kehadiran si dia.Jangan tinggalkan aktiviti/hobi/sukan yg kamu suka lakukan sebelum ini,semata2 mahu bersama dgn si dia.Ini tidak memberi keseimbangan masa untuk teman2 mahupun keluarga.

3. ELAKKAN DARI BERTELEFON TERLALU KERAP

Ramai yang mempercayai mitos bahawa dengan sentiasa berhubungan (bergayut) setiap hari akan mengeratkan lagi hubungan cinta korang. Sebenarnya itu adalah SALAH!

Menurut pakar cinta, jika kita asyik selalu bergayut, maka takkan adfa ruang privasi untuk diri sendiri dan sidia. Takkan wujud sikap tertanya-tanya tentang sidia dalam diri kerana setiap hari bergayut dan setiap hari juga keadaan adalah sama, tidak ada peluang langsung untuk mencipta topik baharu. Ini akan menyebabkan kamu kehilangan topik untuk berbual dan akhirnya kamu akan berdiam diri sahaja di telefon dek kerana kehabisan idea.Perasaan rindu juga akan berkurangan dan mungkin bagi kamu dengan bertelefon setiap hari kamu dapat melepas rindu padahal pada pasangan mu kurang gembira kerana perkara sama diucap setiap hari,. Ini boleh mengundang kebosanan. Jadi apakata kamu kurangkan bertelefon seperti seminggu 3 atau 4 kali sahaja.Ini akan menyebabkan perasaan rindu kamu membuak-buak dan akan bersa gembira, bersemangat dan penuh dengan topik baru untuk dibual bersama dek kerna tidak selalu berhubungan?

4. BIARKAN SI DIA TENTUKAN HALA TUJU HIDUPNYA

Jgn bersikap ‘queen/king’ control.Biarlah si dia lakukan apa yang disukainya sekali-sekala jika ia tidak mendatangkan keburukkan.Cuba bertolak-ansur dalam sestengah perkara.Walaupun kamu tidak suka. (cth:menemani si dia bershopping, menonton bola sepak).Sekali-sekala cuba kamu turuti/selami apa yang disukainya.

5. JANGAN BANDINGKAN DIA DENGAN ORANG LAIN

Setiap pasangan mahukan kesempurnaan dlm perhubungan.Oleh itu masing2 harus berfikiran terbuka.Yang penting jangan bandingkan si dia dengan bekas kekasih or dengan sesiapa pun.Walaupun dari segi percakapan,perangai,perlakuan,pakaian,dan apa2 lagi.Fikirkan cara yg tidak akan menyakiti hati si dia jika kamu ingin atau mahu mengubahnya.Seharusnya terimalah keadaannya seada2nya dan jgn harapkan sesuatu yg di luar kemampuannya.

6. LAKUKAN YG TERBAIK

Fikirkan yg terbaik untuk diri kamu dan jangan paksa untuk menyukai sesuatu yang kamu tidak suka.Jangan hanya kerana mahu mengambil hati si dia,kamu tetap memaksa diri menyukainya.Hipokrit tu!! Bukan itu saje,,jangan lekas tunduk dengan kemahuan si dia.Bukan semua kemahuannya kamu mampu laksanakan.Kena tengok juga pada kesesuaian dan keikhlasan kamu juga.Bahaya jika kamu turuti sesuatu kemahuan yang diluar batasan.Dan tentu hati si dia tersinggung jika si dia mendapat tahu apa yang kamu lakukan tidak jujur dan tidak ikhlas.

7. JANGAN CUBA UBAH SI DIA

Apa perasaan kamu jika si dia mahukan kamu berubah mengikut cita rasanya? Begitu juga si dia,,jangan sekali-sekala kamu cuba mengubah kehendaknya agar sama denagn kehendak kamu.Biarlah dia dengan caranya dan kamu dengan cara mu.Cuba bersikap jujur dalam perhubungan.Setiap manusia mempunyai hak,minat, dan pengetahuan tersendiri.Jika si dia mempunyai sebarang kekurangan tentang sesuatu cuba terangkan dengan baik agar si dia terasa dia perlu lakukan sesuatu yang dia tidak pernah tahu.Jangan memaksa jika si dia berhenti lakukan perubahan kerana ini boleh jadikan pertengkaran.Cuba ambil masa dan bantu si dia jika si dia mahukan perubahan.

8. LUAHKAN APA YANG KAMU RASA

Jangan sesekali sembunyikan apa yang kamu rasa.Ini akan buatkan kamu berasa ‘stress’.Jika tekanan ini berlarutan,ia boleh terjebak dalam pertengkaran.Segala ketidak puasan hati akan keluar.Ini lebih bahaya.Tanpa komunikasi yang baik,hubungan akan menjadi hambar.Setiap pasangan harus bersikap terbuka dan jangan berperasaan negatif.Cuba berbincang untuk menyelesaikannya.Tidak kira la secara face to face,telifon atau secara online.Ini dapat memuaskan hati kedua2 pihak jika ada sesuatu yang tidak diingini.Cuba dengar pendapatnya dan jangan membangkang jika tidak mempunyai alasan yang kukuh.

Terima Kasih Buat Nurish Shamsuri, Danau Kota, Gombak.


Tindakan

Information

One response

6 06 2015
feesh

Untk pertama kalinya saya ingin mohon maaf sebab cerita saya ini tiada kena mengena dgn cinta pasangan kekasih . namun, ceritera saya ini menjunjung kasih terhadap anugerah Ilahi kpd saya.
Saya seorg anak tunggal. Saya ingin sgt nk ada seorg insan yg bergelar kakak. Akhirnya Allah beri saya keizinan untk merasainya sehinggalah skrg. Selama 3 tahun kami bersama, byk dugaan yg kami lalui. Kekdg rasa mcm patung bernyawa pun ader. Hahaha. Tapi hati ni tetap sado. Menahan sgala keperitan. Namun, kesedihan itu akhirnya menjadi hati yg baru. Hati yg tiada lgi kasih syg. Hati yg terlalu kosong. Dia (kakak angkat ) dh lain perubahan sikapnya, dia semakin baik tp adakalanya sikap buruknya menjadi. Senang citer, saya tk stuju dia kapel. Bagi saya ia stu larangan Islam. Maaf saya ckp, klu kita dh pasti dia jodoh kita.. Tiada salahnya untk kapel or cinta. Tp masalahnya skrg, dia masih lgi pelajar skolah. Saya pun bgitu. Saya tk larang dia untk suka tp saya tk stuju klu dia kapel. Lebih lgi, this year dia spm. Exam yg besar. Parents dia pun tk bgi izin tp dia tetap nak juga teruskn.
Saya nk sgt tegur dia tp… siapalah saya bgi dia. Dia anggap saya adik tp sayang? Tk pernah ada sekelumit pun. Hati saya pun dh kosong. Skrg ni saya dilemma. Saya tknk jdi adik dia daa tp, saya risau dia tk stuju. Atau kami gado. Padahal bende ni kecik je. Apa yg patut saya buat?
Saya lepaskn dia pun sebab saya sygkn dia, saya tknk dia susahkn diri fhmi saya. Even dia tk syg saya mcm mne saya syg dia. Walaupun dia lebihkn bf dia drpd saya tu pun lepas dia taken thun lepas 2014
Jujur saya ckp, saya dh tkle nk trima diri dia yg baru. Ia sgt laa menyedihkn saya. Lebih lgi saya pindh skola . wktu tu pun, bru 6 bln 2013 saya jdi adik dia, dh kena pisah. Hingga skrg, kami still contact but… saya sgt sedih n kecewa dgn sikap dia. Saya patut teruskn niat saya untk stop jdi adik dia?
Atau… Enthlaa. Saya pun dh tahu. Saya masih lgi pelajar yg lemah. Oleh yg demikian,saya nk minta pendapat dn bantuan drpd tetamu yg lebih byk dugaan drpd saya. Tolonglah saya.
#thanks.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: