Soal Jawab


Anda juga boleh postkan pertanyaan dan kemusykilan anda di ruangan ini dan sila jangan nyatakan identiti sebenar anda. Mungkin kami atau pembaca lain boleh berkongsi pendapat tentang masahal anda tersebut? terima kasih.

41 responses

2 01 2010
HambaAllah

Cinta Terhalang

Assalammu’alaikum wbt

Saya terpanggil untuk berkongsi bersama masalah yang dihadapi oleh rakan karib saya berkenaan masalah percintaannya. Kesian juga bila dia ceritakannya kepada saya. Diharapkan ada para pembaca terutamanya yang ‘berpengalaman’ dalam menghadapi masalah ini memberikan sedikit pandangan dan pendapat berkenaan permasalahan rakan saya itu. Beginilah kisahnya:

“Saya adalah lelaki seperti lelaki normal yang lain, mempunyai perasaan dan inginkan kasih sayang daripada seorang wanita. Sudah banyak kali saya putus cinta. Dan akhirnya saya bertemu dengan seorang wanita yang cukup baik dan menawan hati serta kedua ibu bapa saya. Malahan ibu kepada wanita pilihan saya pun turut merestui hubungan kami pada mulanya.

Selepas beberapa lama, lebih kurang setahun perhubungan kami ini, semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang. Dan kami juga bercadang untuk mengikat tali pertunangan. Dan seterusnya menikah. Namun, disangkakan hujan hingga ke petang, rupanya panas di tengahari. Tiba-tiba ibunya tidak suka pula pada saya. Dia telah hasut seluruh sanak saudara sebelah perempuan supaya membenci saya.

Ibunya itu telah memberi kata dua kepada anak perempuannya yg menjadi teman wanita saya; samada pilih antara saya dan dia (ibu perempuan). Teman wanita saya memilih saya, dan sanggup berbuat apa sahaja janji dapat bersama saya. Di sebabkan pilihannya itu, teman wanita saya telah di ‘buang’ dari keluarganya. Dan sekarang cinta teman wanita saya ini kian menebal, dan dia tinggal berasingan dari keluarganya.

Saya memang benar2 menyintainya sepenuh hati. Dan antara kami semakin hari cinta kami kian tebal dan kami yakin dengan jodoh antara kami. Namun, yang menjadi masalah ialah keluarga sebelah perempuan yang terlalu membenci saya. Khabar yang saya terima dari apa yang diceritakan oleh teman wanita saya ialah ibunya telah terkena sihir. Ada org lain suka pada teman wanita saya. Dia cuba menyihir teman wanita saya, tetapi agaknya di sebabkan amalan zikirrullah teman wanita saya itu menjadi amalan sehariannya, sihir itu tidak mengena. Dan tempiasnya kepada ibunya kerana ibunya kurang amalan agama, katanya.

Yang menyedihkan, saya turut ditumbuk oleh adik lelaki teman wanita saya ketika menghadiri kursus perkahwinan kami. Saya tidak melawan kerana memikirkan adiknya itu, bakal aidik ipar saya juga kelak. Tapi sekiranya kali kedua dia melakukan kesalahan yang sama, sudah semestinya saya tidak akan berdiam diri. Tapi sehingga kini saya masih mampu bersabar walaupun sudah dimalukan.

Apa yang perlu saya buat? Saya menyintai dan ikhlas menyayangi teman wanita saya dan dia pun begitu. Keluarga sebelah saya tiada masalah. Menerima teman wanita saya seadanya. Cumanya keluarga sebelah perempuan pula yang terlalu membenci saya. ”

Itulah di atas serba ringkas masalah yang bergolak dalam hati sahabat karib saya itu. Saya pun tak tau nak nasihatkan apa, keana saya tidak berpengalaman menghadapi kes sebegini. Diharapkan para pembaca dapat memberikan sedikit idea bagaimana untuk menyelesaikan masalah ‘kronik’ yang dihadapi oleh sahabat karib saya ini. Pandangan dan pendapat Saudara/ Saudari amatlah dialu-alukan. Sekian.

2 01 2010
MiaZZara

Salaaam alaikum w.b.t… hehe ni sebijik cam kisah saya dulu, cuma saya mendapat larangan dari sebelah abah pompuan tu, sedangkan maknya amat menyukai saya alhamdulillah. Apa pun kami tiada jodoh, walaupun setelah 6 tahun kononnya bercinta, is is is cobaan

Benar sekali apa yang dikatakan alhikam tu, ada hikmah di sebaliknya. Dan pihak lelaki jangan terburu2,. jangan sampai mengucar kacirkan keluarga orang. Kita mesti ingat , perempuan itu masih dalam hak jagaan emak dan ayahnya, kita masih tiada hak. jangan sampai kita langgar batas2 Islam hanya kerana menurutkan perasaan sayang kita ini.

Yang perlu dibuat sekarang, cuba selesaikan dulu kes sihir itu., Itu pun jika benar2 emak si wanita itu kena sihir. Pihak lelaki perlu banyak bersabar, adalah lebih baik perkahwinan yang mendapat restu orang tua, seperti mana alhikam berkata, berapa banyak perkahwinan yang tidak bahagia dan musnah kerana tiada restu orang tua. itu kita mesti fikir sebaik mungkin.

Jika nanti sudah pasti sihir itu semuanya sudah tertolak, maka pastikan betul2 penerimaan emak dan ayah si wanita. Kalau mereka masih tidak setuju, anggap lah sahaja mereka tiada JODOH. Jangan sampai frust menonggeng, keciwa rabak san sebagainya, itu hanyalah bisikan syaitan untuk memusnahkan IMAN kita.

Saya faham apa yang pihak lelaki itu lalui, kerana kisahnya sama seperti saya. Cuma kisah saya mungkin tidak melibatkan dengan SIHIR, Wallahu a’lam.

Apa2 pn , nasihat dari saya yang serba dhoif dan kurang ilmu ini, settle kan masalah buatan orang dulu, kemudian bincang betul2 agar masing2 redha dengan perkahwinan tersebut. Terangkan betul2 kepada orang2 tua wanita itu agar memahami keadaan anaknya dan lelaki tersebut. JIka lelaki tersebut benar2 orang yang beragama dan soleh, maka pujuklah orang2 tua itu agar merestui sahaja perkahwinan ini. CUba lah ikhtiar2 dengan ayat2 pelembut hati, zikir, dan berdoalah kepada Allah selalu.

Kerana perkahwinan dilangsungkan bukan untuk sementara, tetapi untuk selamanya. Restu orang tua adalah perlu untuk mendapat kan keberkatan dari ALLAH S.w.t. Semua ini adalah ujian dariNya, semoga mereka tabah menghadapinya dan dapat menyelesaikan masalah ini, amiin. Wallahu a’lam 🙂

2 01 2010
Black

Salam..Jangan kahwin lari dah ler..hehehe

2 01 2010
ikin

ikin: assalamualaikum…
hmmmm berat jgk ye prob kwn abg tu….skang die ok tak???mst bingung kan…cinta tu mmg suatu yg ssh nak di ungkapkan….tak smua cinta tu akan bersatu…kdg2 mmg byk dugaan.cume kite sabar dgn tak je nak face prob ni….tp klu da libatkan both family mmg susah…klu kite nak buat ape pun restu family tu yg pnting…cume skang mslah fmily pmpuan ea? klu nak kwin lari mmg bleh….tp mst hdup tak bahagia nnt.lgpun pmpuan mst nak wali kan.better abg suh member abg bsbar….byk kan bdoa…insyaallah Tuhan slalu bntu hamba die….slain tu abg suh la member abg tu amek ati fmily pmpuan.mmg susah tp nnt lame2 diorg mst terbuka pintu hati nak trime klu btol niat die ikhlas.i pray for your member happiness ok….

Ulasan: Terima kasih saudari ikin. Betul jua tu. Dan itulah yg saya katakan dan nasihatkan kepada rakan saya itu. Agar sentiasa bersabar dan terus bersabar. Tapi yela, sampai bila kan? Cara terbaik, samalah sepertimana yang saudara Hikmatun, saudari ikin dan Al-Hikam kita bagitau… try amik hati keluarga sebelah perempuan. Agak mencabar juga tu… tapi itulah agaknya cara terbaik ya?! Terima kasih saudara saudari sekalian di atas pendapat itu…

2 01 2010
azam

Cara terbaik ialah berbincang semula dengan keluarga baik-baik insyallah semua bisa diselesaikan..

2 01 2010
hajar@22

huhuu…ader jugak lagi cinta terhalang zaman ni…

28 01 2010
erin

sedih..sedih..

23 09 2013
fitri

nak tanya,….ada sorang perempuan yg saya minat kata dia benci saya, dia mmg tak pandang, klu sy pandang dia,dia mmg marah, tp kwn dia kata, dia slalu tanya pasal saya, klu result priksa,mesti dia nk tahu,tp dia tanya snyp2..apa maknanya tu??

17 03 2015
iza

mungkin dia nk tnjuk ego dia je….

11 10 2013
Q

Assalamualaikum admin
Singkatnya, saya perkenalkan diri sebagai Q. Q suka pada M sejak tiga tahun lalu. Tapi Q tak sanggup tunggu M lalu suka pada J. Tahun seterusnya, (tahun ini) Q dan M jatuh sayang semula. M hantar surat cinta. Tapi kami bercinta hanya satu hari aja. Sekarang Q bingung. M macam suka pada Q. Pada masa sama ibubapa Q tak suka M. Q tak dapat hidup tanpa M? Macam mana ni admin? Q bingung! Buntu! Sudah puas Q bermenung. Doa. Istikharah jangan cakaplah. Q tiada jawapan. Kawan-kawan Q pula tidak berapa suka pada S (adik M) sedangkan S suka dekat pada Q. Tersepit Q di antara kawan dan S. S macam tau aja semua tu dan mula jauhkan diri. Q tak faham apabila M juga perlahan-lahan begitu….

26 03 2014
A

Assalamualaikum..
Saya kenalkan diri saya sebagai A. Saya telah berkenalan dengan Z dua bulan yang lepas. Sejak dari itu dia sering mengajak saya keluar bersama berdua. Tapi saya kerap menolak ajakan untuk keluar bersama kerana saya tidak pernah bercinta dan tidak pernah keluar dengan lelaki.Tapi dalam masa yang sama kadang kala saya terserempak dengannya dan minum bersama. Dia sangat-sangat jarang bermesej dengan saya. Dan kalaupun dia menghubungi saya adalah untuk mengajak saya keluar sahaja. setelah diajak beberapa kali. Saya pun cuba untuk keluar bersama dengan dia.Dan sudah dua kali saya keluar bersama. Cuma saya pelik, kenapa dia tidak mesej saya pada hari lain-lain. Dia cuma akan call saya kalau dia mahu mengajak saya keluar? Adakah dia cuba mempermainkan saya?Dan kalau saya keluar dengan dia, dia akan memandang dan memuji wanita lain. Di samping bermain games…

Terima kasih.

1 04 2014
Dyah

Assalammualaikum…
Sy da msalah curiga dlam hbungan sy & tunang sy…
Kmi sdah bkwan 5taun dri zman kolej smpai zman kerja… & sdah btunang 10blan… Bkal mdirikan rmah tgga 5blan lgi…
kmi bkrja dlm stu cmpany yg sma..jwatan yg sma cuma Dept yg b’beza…
Smlam ati sy tdetik nk tgok nset tunang sy.tgok xda apa..pastu buka wechat.tgok friend..da sorang minah indon kt klg jdi friend dia..Minah indon ni sy knal..tpi jd psoalan.knpa mnah ni sorang ja.jdi friend dia.knpa yg len xda..msti speselnya..
Sy pun tya tunang sy..pastu tunang sy ckp.xda apa..sbb dia t’tekan..add friend kt recommended friends.. Tpi dia sumpah kata xda apa….N dia kata indon tu thu hbgan kmi& pnah nmpak gmbaq sy dlm nset tunang sy.(aisshhh … Mlampau smpai tgok nset..kta sy)
Tunang sy kta.bkn indon tu belek nset dia..tp msa tu tunang sy tgh amik gmbaq unit reject kt production(station job minah indon tu) pastu tunang sy buka alik gallery tgok alik gmbar yg di snap tdi.sbb nnti nk wt rport.then dlm gallery tu..da gmbar sy.sbb tu indon tu nmpak gmbar sy..indon tu mntak nk tgok ..tpi tunang xbg(penjelasan dri tunang sy)
Sy pun pening.. Btul ka ni..??logikk ka ni.. ?? Ka da spesel antra dpa snyap2 ni…
Tpi … Hati sy da la rsa was2.curiga jgak.. Tp bla pkir hbgan kmi..
Hbgan kmi ok. & lyanan dri segi msj.cll.bjmpa.msih ok.xda pape… & klu kua pun ..ok je.xnmpak pun cra dia tkot2 kua.. Tunang sy ngaku sumpah.mmang xda apa.. N hya hal kja sja.xlbih dri tu… Ermmm… Pe pdpat smua..?? Tlong advice kit… 🙂

28 04 2014
nasrul nahar

assalammualaikum.. saya igin bertanya.. bagai mana nak melupakan orang yang amat di sayangi..???

28 04 2014
nasrul nahar

mane nye.. dia minat kat awak la tu.. cuma dia malu nak bgitau..

30 06 2014
nasrul nahar

mcm mana ka saya bole dapat berpasagan degan orang yang saya minati. Sedang kan orang yang saya minati itu terlalu sombong. . Sehinggakan saya langsung tak dapat berbicara degan dia

13 08 2014
aku pening

hey..dia sombong eh, ada banyak sebab kenapa dia sombong.pertama,mungkin dia malu nak bercakap dengan awak. kedua, mungkin dia ego dengan perasaan dia sendiri dengan x percaya pada cinta.ketiga, mungkin, dia takut nak bercinta lagi sebab kisah lama.yang terakhir mungkin dia perasan dia “hot” atau dia memang “hot” kat tempat awak.jadi mungkin dia nak orang lain dan bukan awak.
apa2 pun, awak kena mulakan langkah dulu.bukan perempuan,ok?

2 08 2014
nasrul nahar

assalammualaikum wah rah mattullahi wa-barkatu.. Nma saya nasrul.. Saya ada teman seorang wanita.. Teman wanita saya ini selalu mara dengan saya.. Bila saya tak dapat balas mj dia.. Dia terus mara.. Boleh di kata kan kami ni hari2x bergadu.. Persoalan saya.. Kami ni ada jodoh ka di sebalik pergaduhan kami ini.. Dah 3 tahun kami berkawan..

13 08 2014
aku pening

waalaikumussalam. macam ni lah ye nasrul. mungkin dia perlukan perhatian lebih daripada awak. dia nak awak tahu dia nak rasa lebih dihargai. kalau macammana perempuan sibuk sekalipun tapi kalau dengan orang yang dia sayang.. dia akan tunggu msg daripada orang yg dia sayang tersebut. mungkin dia memang jenis begitu. mahu bermanja dengan awak tapi awak yang xdapat mengerti. ataupun, mungkin ada sesuatu dalam hati dia. kemungkinan dia perlukan masa untuk bersendirian atau paling tidak, dia sudah berkenalan dengan orang lain yang mungkin lebih baik. ini cuma tanggapan saya sahaja ya xperlu percaya 100%. pokok pangkalnya, segalanya perlukan perbincangan. rasanya xperlu setiap kali mesti bergaduh dan bermaki-makian. awak perlu berjumpa dengan dia dan berbincang secara baik dengan dia. perempuan cepat lembut hati. mungkin dengan cara awak slow talk dengan dia, dia akan faham isi hati awak sekaligus awak dapat mengetahui apa sebenarnya dalam hati dia. bawak la dia keluar, jalan2 n gelak2, lepas tu baru awak berbincang dengan dia. ok?

15 09 2014
cancergurl

Salam, saya ada masalah..apa yang perlu saya lakukan jika kita ingin mendirikan masjid, tetapi keluarga lelaki sangat mementingkan pantang larang dimana tak boleh berkahwin serentak dalam tahun yang sama. Jika berkahwin pada tahun yang sama akan berlaku sesuatu yang tidak baik seperti penceraian, tidak dapat zuriat atau sebagainya.

Untuk pengetahuan admin, kekasih saya mempunyai dua orang kakak yang belum berkahwin. Sedangkan kalau diikutkan kedua-dua kakak boleh membuat majlis pada tahun yang sama kerana kedua-dua sudah bertunang. Dan kami terpaksa menunggu lagi dua tahun untuk membina masjid. Itu memberikan tekanan kepada saya, dimana kedua ibubapa sering bertanyakan tentang hubungan kami.

Buat masa sekarang hubungan kami tidak seperti dulu, kami sering betengkar, tidak sependapat dan sebagainya. Kekasih saya ada mengajak saya bertunang hujung tahun ini, tetapi saya tidak mahu kerana tidak mahu mengikat tali pertunangan selama dua tahun, itu terlalu lama bagi saya.

Saya tahu, kekasih saya seorang yang baik, penyabar. Tapi saya juga tahu dia sangat mengutamakan keluarganya terutama kakak-kakaknya. Kadang-kadang kakaknya sering jugak masuk campur dalam hal percintaan kami, itu juga membuatkan saya tertekan. Boleh dikatakan masa depan kekasih saya kakaknya yang akan menentukan.

Untuk pengetahuan admin, umur saya 25 tahun, dan kekasih saya 26 tahun. Sudah tiba masanya saya rasa untuk mendirikan rumahtangga memandangkan kami sudah bercinta hampir 3 tahun.

Harap admin dapat membantu saya, apa yang perlu saya lakukan. Adakah meneruskan hubungan sedangkan hati saya dah tawar untuk semua itu, atau saya harus memutuskan hubungan ini walaupun saya masih sayangkan kekasih saya.

Terima kasih. Harap boleh membantu memberi pendapat atas masalah saya ini.

2 10 2014
Sarah

Assalamualaikum..
saya kerja setempat dengan bf n kawan baik dia.. bertiga.. pada mulanya ay dgn kawan baik bf x rapat tapi lame kelamaan jadi semakin rapat.. sebab dia la tempat saya mengadu.. dia la tempat saya luah perasaan.. masalah sekarang.. dia pun dah ada gf.. saya pun ad bf(kawan baik dia.).. melalui pandangan mata dia.. saya tahu die sukakan saya tapi kami msg2 dah berpunya.. saya pula semakin hari terasa semakin jauh dgn bf saya.. n semakin hari saya terasa ada satu perasaan antara saya dan kawan baik bf saya tu.. ape perlu saya buat

22 10 2014
4zim499

Saya nak bertanya . Lelaki itu sudah lama tahu yg sangat menyukai dia. Tapi saya tahu yang dia sudah berpunya. Girlfriend dia pula sudah berputus asa dengan lelaki itu. Tapi bila saya bertanya kepadanya adakah dia betul2 menyukai girlfriend dia itu. Dia hanya menjawab “ianya tak penting untuk kau” apakah yang dia maksudkan?

3 01 2015
dalilasyiQin

kadang kala saya rase dia suke saya kadang tidak…ramai kawan2 saya mengatakan bahawa si dia sukakn saya.. tapi saya lebih mengharapkan untuk ber kawan sahaja dengannya. namun pabila die dah lame tak wassup saya, saya mulai tertanya-tanya “kenapa dia tak wassup aku nih?”. ialah takkan aku pulak nak mulakan untuk wassup dengan dia sebab aku pompuan kang ape pulak yg die fikir….. kebiasaannya dia yang akan wassup aku dahulu barulah kami mula menyembang n kadang2 rase seronok lah ber’wassup’ dengan die… hehe
# saya nak tanya… apakah perasaan saya sebenarnya? dan apakah perasaan dia pada saya sebenarnya?

10 01 2015
muhd azim haikal bin azri

Saya ingin bertanyakan apakah yang harus saya buat dalam situasi saya ini. . Saya telah berpasangan dgn sy sudah setahun tetapi sejak kemunculan sepupunya kami sering bergaduh. . Lama kelamaan kami putus disebabkan sepupunya. . Setelah beberapa mimggu saya putus dgn dy saya mndapat khabar berita yg dy dan sepupunya bukan sepupu. . Dy telah menipu sy. . dy telah couple lebih lama dri saya. . (Saya digame) tetapi sy x brape prcaya kerana dy sngt baik sblum kedatangan sepupunya. . Sy mendapat screen shot dri kawan yg mereka saling merisaui apabila sepupunya sakit. . Aku rebah. . Sy meminta petunjuk dari allah . . Rakan2. . Tolonglah saya sebab fikiranbsaya buntu. .

21 01 2015
cute

Assalamua’laikum..

Saya ada berkawan dengan seorang lelaki ni…dan kmi ada bercadang utk melangsungkan pertunangan bln 10 ini..keluarganya akn dtg merisik dlm bln 5 ini…masalah saya skrg ialah saya masih was2 smada utk teruskan hubungan ini atau tidak..sbbnya lelaki yg saya kawan ni muda 3 tahun dri saya..sebaya adik saya…umur saya sekarang 24 tahun…kami knal dari satu pusat pgajian dan sekarang sedang menjalani latihan praktikal di sebuah syarikat swasta. Bulan ini adalah bln terakhir tamat praktikal dan bermula bulan februari ini kmi baru diserap sebagai pekerja tetap di syarikat ini..maknanya mulai bulan dua ini kmi baru bercadang utk mngumpul duit utk berkahwin.

Pada pendapat saudara/saudari, patutkah saya menerima lamaran lelaki ini?

Utk pngetahuan, lelaki ini dia bersungguh2 nak kan saya..dia xnak kehilangan saya..dia xkisah walaupun saya tua dari dia..katanya dia boleh bimbing saya..kmi xpernah kluar skali,klo nk jumpa dia dtg rumah saya trus..fmly pon dah kenal dia..fmly slalu tya dkt dia psal hbgn kmi…katanya dia mmg nk buat cara elok iaitu berkahwin..

Pernah jgk dia bgtahu nak share duit blnja perkahwinan kmi klo fmly saya letak mahal..katanya kena bantu dia la klo nak kawen..sbbnya dia takot xmampu kumpul duit dalam masa yg singkat itu..huhu..kmi bcdang bkahwin tahun 2016..apa pendapat saudara mengenai perkongsian duit belanja ini?

Harap saudara/saudari dapat membantu masalah saya ini.

23 01 2015
fida

asalamualaikum….aq musykil ni pliss jawap….
aq penah lepaskan seseorang yang menyayangi aku…masa tu umur aku 15 tahun…..sekarang aku da 20 tahun dan dia 22 tahun……aku dapat balik contact nan dia…dalam beberapa minggu kami bekawan……dia penah bagitau tarikh lahir dia yang sedangkan aku dah tau…dia cakap semoga aku jadi yang pertama ucapkan…….dia cakap dia sayang aku……dia ada juga ungkit kisah yang aku tinggalkan dia…dia kata dia kecewa sangat….tapi pas beberapa hari aq bagitau yang aq masih sukakan dia…..jawapan dia….dia masih ingin sendiri…..tersentap juga la…….sebab aku xpernah cakap kat lelaki direct camtu….sbb dia la lelaki yg aq pnh suka…. bole x bg komen….

11 04 2015
shasha

saya dah putus dgn bekas kekasih saya lebih kurang 6 bulan yg lalu, dan atas sebab sebab tertentu saya secara jujurnya terlalu susah nak move on. pelbagai cara saya dah lakukan tapi tetap tak boleh, dan setiap kali saya dah boleh lupakan dia sekejap, tiba tiba dia contact saya semula. Itu telah menyebabkan bertambah sukar saya nak melupakan dia.

Sejak akhir akhir ini, saya kerap memikirkan dia, terlalu kerap hingga saya pernah mimpikan dia beberapa kali. Tiba suatu hari, apabila saya pulang dari kerja, saya check phone saya ada miscall drpd dia. Pada waktu itu tak tergambar perasaan saya, terlalu happy. Dan kami sempat berhubung selepas itu selama 2 hari. Itu juga sudah memadai bagi saya.

Persoalannya, saya keliru sbb saya yg selalu fikirkan tentang dia, rindukan dia, fikirkan keadaan dia, tetapi kenapa dia pulak yg contact saya? Sedangkan saya fikir yg dia sudah melupakan saya. Adakah dia juga ada perasaan yg sama atau ini semua adalah kebetulan?

14 05 2015
Jaja

Assalamualaikum w.b.t, sy kenalkan diri sbgai jaja. Harap semua dpt berikan pndapt 😉

Sy brcinta dgn bekas kekasih yg brnama A hampir 5 tahun. Tapi putus tgh jln disbbkan A ad prmpuan lain. Sedih dn sakitnya Allah shj yg tahu. Bygkanlah kita bercinta dh lama lepastu dpt berita yg si kekasih curang n dh lama ad hubungan dgn perempuan lain. Mesti terasa bodoh nauzubillah sbb kena tipu hidup2. Sakit x sakit? Org yg pernah lalui je yg tahu sakit dia tu mcm mana. Betul x? Sy tak marah A. Dn buat COOL je. N layan A tu sebaik mungkin. Entah lah rasa bodoh pon ea jgk masa tu. Dn tak lama lepastu ada sorang laki dtg dlm hidup sy n dia sgt lain. N selepas 2 bulan kami brkwn n kami pun mnjadi teman rapat. *bkn boyfie k! dgn harapan sy dpt lupakan A dgn mudah dan x diperbdoh lg dgn dia. Dlm masa sama si A still ada lagi. Kami x declare apa2 pun. Smpai 1 hari A dgr cerita dr kwn2 dia yg sy dh kapel dgn org lain lh apalah. Sdgkan brkawan aja tk lebih! Lagi 1, tahu pulak dia nak mara n konon nk cari laki tu n belasah dia sbb rampas awek dia. Puii.. Knp lh smpai mcm tu. sdgkan masa turn dia dulu sy xde pulak nk pegi jumpa pmpuan tu lempang dia ke tarik tudung dia ke. Sdgkan sy bole buat bila2 msa sy nk sbb pmpuan tu satu tmpat belajar dgn sy. Sy ckp kt diri sy BE PROFESSIONAL. Cehh ta elok pukul2 org ni. Pasal laki je pon. Adui..
Selepas few months sy terus lost contact dgn A. Even kami ta declare yg dh putus atau tidak. Tp bg sy sejak dari hari sy tahu dia curang tu lg sy dh anggap xde apa2 dgn dia.
Dn bbrp bulan lg lepastu tiba2 dia text sy ” secara tiba2″ tanya kaba n tanya tntang hubungn ktorang n nk berbaik semula. Sy tetap kata TIDAK! N dia sgt sedih n dia kata dia akan tggu saya smpai bila2 sbb dia nak kawen dgn sy., sy agak touching skit hal tu. tapi sy kena cool. Tak leh cepat melenting.

Haha dan hampir setahun kami berjauhan, sbb apa sy kata berjauhan ? Sbb masa tu dia dg smbung study dekat UITM. N dh lama jugak dia tak contact sy. Rindu? Jgn cakap lah. Mmg rindu. Tapi sy xpernah dn ta akan bgitahu dia. Pastu ada jugak kdg2 tiba2 txt tya kaba n mintak getback konon. Even ta tahulah kitorang dh putus ke? Haih complecated nye!!;(

N dgn tak semena2 sy dapat tahu dari rakan sy yg dia dah jumpa gf baru dkt uitm tu. perasaan sy??? ya allah. Hari tu saya meroyan. Menangis sepuas hati! Sedih yg amat sgt!! Sakitnya bila ingat janji2 dia yg dia kata akan tggu sy smpai bila2 n nak kan sy jadi isteri dia 1 hari nnty. Mana pegi semua tu?? ya allah.. *n mesti ramai yg trtanya2 “kenapa kau gedik sgt, dah byk kali si A mintak getback n kau yg taknak. So terimalah hakikat yg dia dh ad org lain!”
Sorry ea awk2 semua. Mama sy sndiri tau kisah yg dia curang dgn sy n sblm tu mama sy pon sygkan dia , terima dia n lastly dia dh punahkan harapan mama. So sejak haritu mama dah warn sy supaya jangan lagi ada hubungan dgn dia.. Haaa tu pon salah satu sbb knp sy ta terima dia semula. Sy takut kalau saya trima lagi teruk sbb dah lawan kata mama. Ya Allah;'(

Dan sekarang dah hampir setahun kami tak contact. Mmg nampak yg dia dah lupakan sy. Sedih sbb senang betul dia lupakan sy. Sdangkan sy makan hati bila dpt tahu dari kwn2 yg dia bahagia dgn gf skrg. Sy ta marah cuma bole doakan dia bahgia aje.
Bnda ni dh lama berlalu n saya dah pon jumpa pengganti. Iaitu lelaki yg sy ckp sebelum ni. Yg bukan boyfie tu skrg dh pon jadi boyfie secara official. N secara tak langsung plahan2 sy cuba lupakan A. Susah sikit sbb sy sgt sygkan dia. Tapi nak buat mcm mana. Masalah nye skrg saya selalu mimpikan pasal A. Selalu, kerap sgt sekarang ni mmpi pasal dia. So perasaan rindu tu makin membuak! Nak buat mcm mana dia dh ada org lain. Kalau boyfie skrg tahu mesti dia makan hati. Maaf:( Hurm. Bukan jodoh kami.

Saya pelik, walaupun pada mulanya dia yg curang dgn saya sdgkan saya tak pernah curang dgn dia, tapi knp smpai skrg sy yg terseksa. Spatutnya dia yg terima karma. Tapi knp sakitnya saya yg rasa? ;(

Semoga hubungan dengan yg sekarang kekal selamanya. Kami telah pun bercadang utk mengikat tali pertunangan selepas saya habiskan degree dlm bidang perguruan 🙂

Assalamualaikum w.b.t

19 07 2015
hottest bachelor

Saya bercinta lebih drpd 13org walaupun umur saya baru mencecah 29tahun . Gadis ke 14 ni saya anggap mcm my future wife . Saya kenal ngan seorang perempuan ni dlm masa 2 tahun , masa 1st kenal dia akan buat saya suka pada dia , then bila saya da beritahu dia yang saya sukakannya dia akan berlagak mcm busy , online whatsapp tp tiada reply (reply lewat) , dia akan buat mcm dia ignore saya . Saya buat 1 kesalahan besar iaitu saya pergi ke negeri kedah(tmpt dia tggl) a long way dr selangor tuk wt surprise n berjumpa dia tetapi dia berada di kl , u know what i do ? I meet her father! With ibu tiri dia . Bila dia dpt tahu mmg dia benci pada saya n dia putuskan hubungan kami terus . Setahun sy lost contact dgn dia dan tiba2 pada 2 bulan lepas dia menelefon saya .. Saya terkejut dan hubungan saya dengan nya kembali normal . Ada 1 masalah mengenai diri kami , iaitu kami berdua terlalu sensitif . Masa sy mcm x suka pada perangai dia dia akan memohon maaf maximum 2x , kali ke3 dia akan wt ignore n ada ayat yg sesuai yg sy patut describe ‘if it meant to be let it be’ . Hubungan kami terputus semula kerana sy give up dan xmahu hati sy dilukai setelah sy minta maaf dan tiada respon drpdnya. saya telah pn break hubungan kami . Tapi percaya atau tidak saya tidak dpt melupakannya.bahkan pula dia terlalu sibuk dengan urusan kerja nya dan adakah awak rasa dia akan ingat pada Saya? Apakah yg patut saya lakukan? Saya benci dengan perasaan ni. Saya boleh describekan perempuan ni ego. Tolong saya plz.

1 10 2015
keliru

asalamualaikum.
saye seorang perempuan yang keliru.
saye baru berkenalan dengan seorang lelaki di fb..
dan saye ade anak..
die terkejut..dan saye jelas tp x semua nye sebab terlalu peribadi
dan die tye tentang anak saye.
die tau yang keluarga saya miskin hanya saye yang kerja untuk menampung keluarga saya.
die ajak saye kluar jalan dengan anak saye.saye hanye nak berjalan kalau salah sorang keluarge saye ikot die xnk n die cuma nak bertiga saye keliru…saye takot kalau2 die ade niat jahat mohon bagi pendapat

10 12 2015
Anis

Assalamualaikum.. Semua untuk sesiapa shaja yang baca ni. Mohon balas dan komen ye sbb saya betul² mahu kn penjelasan saya dn buntu. Okeyh mcm ni cerita nya.
Bismillah, saya knal kn diri sbgai Anis umur masih muda 18 thn ni. Anis mmg tak knal tak tahu apa itu cinta. Klau zaman skolah couple tu pernah la sorang dua tapi tak brapa lama skdar cinta monyet. Cinta Pandang Pertama? Anis tak pernah percaya. Mungkin masih terlalu muda agak nya. Tapi baru² ni Anis bkerja ada seorang Leader kat tempat Anis berkerja gaya dari pndangan Anis dia seorang yg sombong ye mmg agak annoying. Anis tak suka! Pernah skali Anis WhatsApp dia untuk inform yang Anis MC dia baca but tak balas just bagi Bluetick. Ya Allah, sakit nya hati ni 😣 Tapi lama ke lamaan hati Anis rasa lain la. Hati ni asyik bedebar debar rasa mcm sesak dada tak kn la dlm hati leh jem lak kn tapi seriosly mmg rasa lain je. Kenapa ye?? Anis rasa time tu Leader yg sombong tu masuk shift. Kenapa dan kenapa??? Mesti time dia? Apa maksud nya? Apa maksud hati Anis ni?? Dan yang pling tak lawak langsungg tiap kali Anis tutup mata Anis nmpak susuk tubuh dia seorang lelaki dan nama dia di blkang baju uniforms tapi bila Anis bukak mata dan tutup mata lagi skali Anis still nmpak lagi bayangan tu dan Anis nmpak wajah dia pulak kali ni tapi apa Anis tekejut dan tak percaya pemilik wajah dan nama tu milik Leader Anis dia dia diaaa… Krnapa mesti dia? Anis tak suka? Jadi semua tu apa maksud nya? Adakah??? Tapi Ani’s boleh agak yg dia tak berminat pun dgn Anis lagikn cinta. Mohin beri in penjelasan harap sesangat sesiapa balas LA.
Terima Kasih, Wassalam

29 03 2016
Kumbang taman

Assalamualaikum..saya ada masalah dgn teman wanita saya..dia suruh saya lepaskan dia setelah 8 tahun berkawan dan merancang nak kawen tahun depan..kenapa tiba2 dia mtk putus..saya akui saya byk buat salah dgn dia..memang byk..di saat saya betul2 sedar kesalahan itu sendiri..saya dlm proses berubah kerana saya nak siapkan diri utk bekawen dia mtk dlepaskan..berkecai berderai gak le saya mndgrnya..dan dia kata dia nekad..6x sy tukar nombor then dia block jgk..semuanya terjadi di dalam telefon..saya berada di selatan di berada di ibu kota..erm..saya nak jumpa dia tapi dia ckp jumpa pon x guna sbb dia dh tawar hati..apa yg patut saya buat ni..sy syg dia..cinta x leh dpaksa..huhu…dia seorang yg berkerjaya…dan dia mgatakan dia x nak terikat dgn mana2 laki2 pon..ataupon dia dh ade yg lain..sy redha je..tp sy ingin berjumpa face2 face dgn dia..mcm mana ek..saya dh hlg keyakinan..huhu..rasa2 ada chance lg x?sbb dia kata nekad dan dia berubah jd keras..help me…

29 03 2016
En sunyi

Assalamualaikum..ada sesiapa wanita lingkungan bawah 30 tak yg sudi kawan dgn saya..saya sunyi…saya dh kene tggl dgn awek saya…dia x r cantek mana saya lagi la x ensem montel lg..8 taun sy dgn dia..huhu..perit gak le…8 hari x de hal le..huhu…enpon sy lama x berdering…kiki…cadang nak kawen taun depan trus mlingkup…saya pon byk wt salah kt dia..tp dia jenis x reti nak meluahkan apa yg dirasanya..sbb penyabar kot..cinta kene fair..x suka ckp x suka..kalau terpaksa..ermm..jgn lama2 ek?8 taun plak..tanyanye sy bila kita nak kawen anak nak bg nama apa…3 4 kali tanya 2taun lepas..skrg sy dh otw sbb settlekan ape yg patut dulu..takut tak tertanggung nanti dia plak menarik diri..x pelah sy harap dia bahagia dgn keputusan dia..tapi pelik knp sy x nanges..huhu…..adakah sy pon bosan dgn dia..gaya idup dia yg mcm x nak share problem dgn sy…sy lelaki sy suka dgr rintihan..kalau sy merintih plak melingkup jdnya..kiki..

10 05 2016
Ira

Ada soalan nak tanya..macam ni…sy dgn bf bergaduh pasal benda kecik je..mula mula die ckp die nak sendiri..tp die still lagi concern pasal sy..kalau ade masalah sy cerita kat die,die pun tolong..sampai laa satu hari sy nak pindah..Ade budak ni tlg..budak baru lepasan spm..sy ade bg id wechat kat die..silap saya sy pergi cerita pasal budak ni nak mengurat sy kat abg angkat bf sy ni..sy bukan ade ape pun dgn budak tu..sy cme nk ucapkan terima kasih sbb tlg sy..yg sy pelik tu…mcm mna bf sy boleh baca ws tu kat hp abg angkat die tu kalau abg angkat die tak bagitahu..fyi..abg angkat die bukan straight sgt..umur dah 40++ belum kahwin lagi..die snggup sponsor dr A to Z bwk bf sy ni pegi korea…lepas tu kami gaduh besar..die maki maki sy ckp sy curang..ckp sy tak syg die..die ckp die sedih sgt sbb kitorang tgh ade masalah sy boleh layan lelaki lain..lepas tu die ckp kami putus..die tak bg sy kacau die dah..sy nak explain kat die pun tak dapat..die taknak reply ws taknak angkat call..rumah pun die tak balik(sy duduk satu blok dgn die,sbb tu boleh tahu die balik ke tak)..die pergi duduk dgn abg angkat die tu..lepas gaduh tu sy pegi jumpa die kt ofis menangis nangis pujuk die,tp dia taknak pandang muka sy pun..masa die pergi korea haritu sy ade ws die tnya khabar die..tp die cme reply tak bg sy ganggu die dah..lepas tu dah dekat seminggu sy tak ganggu die..sy tak tahu apa patut sy buat..sy sygkan die sgt..sy pun dpt rasa die masih sygkan sy..tp die taknak mengalah..patut sy tgu die ke ataupun move on je..atau pujuk die balik?

18 07 2016
sharel

Saya suka kan dia tapi dia kata knpa awake suka kt saya??

13 08 2016
Khaty

Assalamualaikum…
Saya seorang gadis hanya ingin dikenali sbgai K… Saya menulis kisah nukilan saya ne hanya untuk berkongsi dan meminta pendapt dari pembaca yang berpengalaman dan membantu saya dalam menyelesaikan masalah yang saya hadapi sekarang ini…

Saya mempunyai seorang kwan laki yang hanya ingin dikenali sebagai N yg saya kenal semsa di sek men mulai tahun 2007…sidia yang memulakan langkah dengan meminta no tel saya dan dri situ mulalah hbgan kami sebgai kawan…. Sehingga ke hari ini hubungan sya dengan sidia msih kekal… Saya tahu dia bnyak kawan perempuan dan saya tidak menafikan kadang- kadang cemburu itu ada diati saya.hubungan persahabatan sya dngn dia, hnya keluarga sya sje yg tau dan mereka restu hbgn kami dan dia juga pnh berapa kali dtg ke umh sya…bgi dia pula hnya abg ipar n adik sja yg tau hbgn kami…

Setelah lama kami berkawan, satu perasaan aneh ada diati saya.. Saya tidak memberitahu sidia tentang perasaan saya,sya takut bila sya bagitau perasaan saya,saya akn ditingglkn…

Pada tahun 2015, apa yang saya ingin dengr dri mulutnya, akhirnya saya sudah temui… Sidia kata,dia suka sama saya dan lyanan dia akan diri saya lain.. Sidia lebih caring akan sya dan lebih byk bercerita akan segala mslh dia dekat sya walaupun sbelum ne dia rjin bercerita ttg dirinya dkt saya.. Apa yang saya nak, sudah saya dapat… Tapi bahagia tdk akn selalunya kekal…bahagia yang aku kecapi hanya sementra kerana sidia sudah berubah..saya hanya rsa nikamt bahagia itu hnya untuk 4 bulan saja.. Sidia Makin menjauhkn diri dari saya, jarang jumpa,jarng sms ataupun kol.. Sya tidak thu dimana silap sya sehingga dia berubah seperti itu…saya cuba untk rapatkn kembali hbgan kami, tapi tidak hasilnya.. Akhirnya saya give up… Tpi saya akui sya sunyi tanpa sidia sbb bila saya ingin kemana n meminta tolong sidia ada sja untuk saya…

Tengah tahun 2016,aku beranikn diri untuk mcg dia dan akhirnya keberanian aku itu buahkan hasil.. Saya ajk berjumpa dan dia setuju untuk berjumpa dengan sya.. Tapi setelah lama tidak jmpa perasaan kekok itu dtg.. Dan saya perhatikan layanan caring dia sewaktu alam bahagia tidak ada lagi.. Kadang2 saya bertanya, adakah dia msih suka sma saya?adakah dia masih ingt apa yg dilafazkan? Sya tidak berani untuk tanya semua itu… Start perjumpaan pertma tengah tahun 2016,hubungan kami berjaln dengan lancar sehingga ke hari ini walaupun saya akui untuk dpatkn layanan caring dari dia sukar untk sya dptkn…

Kadang2 saya terpikir sendirian apakh sebernya status hbgn kami ini… Bila sya dengn sidia lepak bersma kawan2 kami, hanya kawan2 kami yg nmpk layanan dia akn diri saya… Ada yang kta, dia care akn saya… Dan bila stu tahap bila mata kami bertentang mata, kami akan tersipu malu…”ada yang kta sidia still suka sya cuma sidia blum ada komitment lagi”..”ada yng kta juga cri la yg len yg jauh lbih bek dri dia”… Sehingga ke hari ini sya tidak tahu untuk wat apa… Saya cuba untuk jarkn diri sya, tpi sya tak bolh… Sehingga ke hari ini sya msih ingt apa dia kta, dia kta saya BFF dia tpi kenpa dia perlu ucap perkataan hikmah itu?jika dia lupa akan apa yg dilafazkan knp dia blh ingt apa yg pnh cerita kat dia dlu?jika btul dia x suka n lupa apa yg dilafzkn knp bila sya mntx tlg dia iakan sja? Dan jika btul dia lupa apa yg pnh dilafkn knp sehingga kehari ini dia msih pkai apa yg saya hadiakn? Sya buntu utk dpt kn jwpn smua ne… Sya keliru akn hbgn kami ini…

Sya ada juga berkwn dngn laki len tpi tak lama mana selama saya kwn dgn dia…sya buntu akn status hbgn kami ini…

Oleh itu, para pembaca bantu la sya dlm menyelesaikn msalh sya ini agar apa yg sya kelirukn akn terlerai…

Sekian ,

31 08 2016
achiara

nak tanya kenapa lelaki tu sanggup tolong perempuan tu ..and the ajak teman dia tolong kaler kan something ..dia bawak buah rambutan yang banyak untuk prempuan tu …dia gelak sepanjang perempuan itu ade di hadapan nya yang tngah tlong kaler …dia ketawa bila prem;uan tu sendawa di hadapanya …..dia ketawa bila melihat kaler pencil perempuan itu mcm budak2 …dia ketawa bila pembaris perempuan itu macam tadika …adakah lelaki itu mula terpikat atau disebaliknya ?

9 03 2017
Yaya

Assalamualaikum, smua. Sy pkenalkan diri sbgai yaya. Umur 26 tahun. Spnjg hdup, sy boleh dkatakan x pernah bcouple. Jd, sy kurang arif tntg phubungan cinta lelaki & prmpuan. Baru2 ni, kwn sy mperkenalkan sy dgn seorg lelaki bnama hisyam. Dikatakan lelaki ini dlm golongan yg baik2, rupa paras pun agak mnarik, ada pkerjaan tetap. Kami bkenalan mlalui alam maya shaja dan x pernah bjumpa. Pada mulanya, hisyam mnunjukkan minat yg mdalam thadap sy. Sy pun mberikan respon yg swajarnya. Pd mula pkenalan, kami sering bwatsapp smpai ke tgh mlm. Wlpun line internet kpgnya agak teruk, namun hisyam sntiasa mnunjukkan usaha nak watsapp sy. Sy pernah btanya kpdnya sama ada hisyam betul2 berkenan dgn sy. Hisyam mjawab dia berkenan & mrancang utk mnikahi sy, namun dlm beberapa tahun lg. Pd mulanya sy agak risau mmandangkn umur sy yg bknnya muda lgi. Namun sy bsetuju akhirnya. Dari hari ke hari, sy mula rasakan hisyam mula jarang btanya khabar, maka sy yg mmulakan dulu. Alasannya dia mmg jnis yg bkn mlayan hp slalu. Jika sblum ini hisyam slalu tagged sy pd gambar2 mnarik d instagram atau fb, namun sekarang tidak lg. Apabila mlihat dia online d fb atau wtsapp, sy yg akan mula mnegurnya dhulu. Pernah suatu hari sy btanya kpdnya adakah sy mlakukan ksalahan atau dia tlah tjumpa ssorg yg lain. Namun, dia jwb sy tlalu mmikirkn pkara yg x spatutnya. Sy cuba utk positif. Namun, sy juga ttanya2 adakah dia dh bosan dgn msj2 sy? Apakah yg perlu sy buat? Adakah lelaki tidak suka dgn prmpuan yg slalu msj tlebih dhulu? Sy kurang arif tntg pkara ni.

31 03 2017
Maz

Assalamualaikum semua. Terima kasih kerana kongsi soalan saya. Saya ingin tahu kenapa lelaki susah nak kahwin walaupun duitnya sudah cukup? Kami sudah bercinta hampir 3 tahun. Dia selalu share tentang baiknya berkahwin awal. Tak kisah la video, hadis, ceramah atau kisah benar. tapi dia seakan mengelak dari berbincang pasal perkahwinan dengan saya. Saya sudah 25 tahun dan bagi saya sudah cukup sedia untuk berkahwin. Dia sama umur dan sudah bekerja. Dia selalu bagi alasan bila saya suruh dia jumpa mak ayah saya. Selalu tangguh dan macam malas nak fikir tentang itu. Bila saya tanya bila nak jumpa mak ayah saya, dia akan cakap belum tanya uminya. Dia kata saya tak sabar. Padahal waktu awal kenal, dia selalu share dengan saya tentang kebaikan kahwin awal. Dia pun pernah share “2 benda yg perlu diawalkan; tanam mayat dan pasangan yg ingin berkahwin”. Tapi bila cakap pasal kawin, mesti gaduh sebab dia malas nak fikir. Saya rasa macam ditipu. Ini bukan soal hantaran tinggi sebab family saya mampu dan ayah saya suruh pihak lelaki bagi hantaran ikut kemampuan mereka (berdasarkan perkahwinan kakak)

23 05 2017
Shikin

Assalamualaikum .. saya mempunyai masalah cinta bersama pasangan. Sudah hampir 6 tahun berlangsung. Dalam pada itu, kami kerap bergaduh. Mungkin sebab saya kuat cemburu / ego @ dia yang ego. Mula-mula hubungan kami baik-baik saja.. tapi lama kelamaan kami kerap bergaduh. Tiap kali bergaduh dia akan minta saya beritahu apa yang saya tak puas hati. Bila cakap saya pulak dipersalahkan. Dia akan kata saya sakit otak, saya gila, saya bodoh. Saya manusia paling bodoh. Saya gemuk. Acap kali dia ulang perkataan yang sama. Dan pada dia, hanya dia yang betul. Tiap tindak tanduk dia.. semua betul akhirnya saya juga yang salah. Bergaduh pasal perempuan kerap kali berlaku. Dia selalu cakap kawan biasa saja. Tapi layanan dia pada perempuan lain lebih dari dia layan saya sekarang. Cara dia sama macam layanan dia pada saya masa kami mula-mula bercinta. Dia selalu cakap ” dalam dunia ni mana ada yang adil. Dan saya tak patut ambil hati atas semua tu.” Saya betul-betul sedih dengan apa yang berlaku. Pernah dia cakap lagi , “dalam hati dia tiada seorang pun yang jadi no.1. Dia boleh hidup tanpa sesiapa. Tanpa saya hidup dia pun tak berubah. Dengan rupa dan ekonomi dia, dia yakin dia boleh dapatkan perempuan dia suka. Dan dia boleh jadi lelaki impian setiap wanita. ”

Dan untuk sepanjang perhubungan kami, cuma pernah sekali saja dia minta maaf pada saya itupun diawal percintaan. Dan selepas itu tak pernah lagi. Salah dia , salah orang lain & salah saya.. hukuman hanya pada saya. Saya yang akan dipersalahkan.

Saya sedih dengan perhubungan ni, saya sayangkan perhubungan ni sebab sudah lama terjalin.

4 06 2017
Cik Panda

Saya nk mintak pendapat. Apa maksudnya kalo someone tu suka sngt cari pasal ngan kita, then dia suka sngt malukan kita depan kwn2 dia. Tolong lh beri pendapat dan pandangan yee😊

13 12 2017
Sakinah omar

Assalamualaikum. Dengan peluang yang saya ada ni saya ingin kongsikan kisah tentang apa yang saya sedang alami. Saya sendiri tak pasti samada adakah orang di luar sana juga turut alami seperti saya. Saya sudah berkahwin selama 4tahun. Umur saya dan suami sebaya 22 tahun. Kami berkahwin atas dasar cinta antara 1 sama lain. Saya sayangkan suami saya dan suami saya juga begitu. Saya bukanlah nak ceritakan pasal suami saya panas baran ke, suami saya kaki judi ke, suami takde nafsu dengan saya ke , tidak. Kami saling bahagia sepanjang perkahwinan. Saya seorang isteri yang berkerja manakala suami saya tidak bekerja. Dia tak bekerja bukan sebab dia suami yang malas ye…. keada tidak mengizinkan bahawa suami saya pengidap sakit epilepsi. Penyakit yang dialami suami saya adalah 1 penghalang untuk suami saya bekerja untuk mencari rezeki kami suami isteri. Maka dengan itu setelah kami berbincang saya lah yang bekerja. Saya tidak kisah tentang itu. Saya pun jenis suka bekerja. Saya bekerja di sebuah syarikat ternama di negara ini. Sebagai kerani sahaja. Saya bersyukur sekurangnya saya memiliki pekerjaan. Saya tak kisah tentang itu. Sepanjang saya berkerja di sini hampir 3tahun, setiap hari suami saya lah yang hantar saya dan ambil saya ke tempat kerja dengan menggunakan motosikal milik dia. Berhujan berpanas tidak kami hiraukan. Alhamdulillah suami saya tak kisah dengan kehidupan kami sekarang. Saya juga begitu.

Saya tahu suami saya ada penyakit epilepsi ni semasa sebeluk berkahwin lagi. Saya tidak langsung merasakan penyakit suami saya adalah penghalang untuk saya hidup mewah macam isteri-isteri lain. Tak kisah suami saya jarang bawal saya berjalan bercuti apatahlagi honeymoon. Saya tidak kisah tentang itu.

Masa dah setahun saya bekerja dulu, saya mula rapat dengan seseorang rakan pejabat. Umur dia dah 29tahun dan masih belum kawin. Dia sebagai jawatan eksekutif di syarikat tempat saya kerja. Dia seorang yang berwajah yang tampan sekali. Masa tu saya mula keliru adakah saya jatuh cinta pada dia. Tapi saya tidak pernah sekali pun tunjuk bibik perasaan saya pada dia. Bila sembamg dengan dia saya berkelakuan seperti biasa sahaja. Tp dalam masa yang sama saya merasakan dia juga rasa apa yang saya rasa. Dia melayan saya dengan baik sekali. Cara dia pandang saya cara dia bercakap dgn saya, saya dapat rasakan yang layanan dia bukan biasa. Sampai satu hari pada jelang tarikh birthday saya dia bagi saya hadiah iaitu sajambak bunga rose merah kesukaan saya dengan beberapa kepung coklate. Tapi dia tak bagi hadiah terus melalui tangan saya. Dia hanya letak atas meja saya di pejabat. Alangkah terkejutnya saya. Saya dapat merasakan ia adalah satu kebahagia yang dapat saya rasakan. Sejujurnya saya tidak pernah dapat bunga macam tu sepanjang hidup saya. Dari situ sah, dia mesti ada pendam sesuatu perasaan terhadap. Dari situ saya mula sedar yang saya ni bulan tepuk sebelah tangan. Sejak dari itu kami kerap keluar lunch sama-sama. Dia plk selalu tumpangkan saya bila saya ada urusan luar pejabat. Hubungan kami makin rapat tak jauh beza seperti pacaran lain sedang bercinta. Kami saling balas berbalas kata-kata cinta dam rindu.

Sejak hubungan kami makin intim bercinta saya tidak pernah sesekali endahkan suami saya. Pada saya suami saya tetap saya utamakan. Saya tetap teguh padanya, hormat dia, jaga tuturbahasa, jaga adab terhadap dia. Bukan saya hipokrik, semua tu saya ikhlas atas dasar hati saya sendiri sama seperti awal-awal kami berkahwin. Cuma saya berkelakuan curang kepadanya dengan mempunyai hubungan tersembunyi dengan rakan sepejabat. Saya bercinta dengan lelaki tu bkn suka-suka atau ingin berseronok, bukan kerana bosan dengan life saya bersama suami, bukan sebab suami saya tal mampu bawak saya berjalan2 ataupun bercuti. Semua tu bukan saya letakam untuk alasan saya bercinta dengan si dia. Semua tu atas hati saya yang sangat cintakan dia walaupun saya ada suami. Si dia juga begitu meluahkan perasaannya terhadap saya ikhlas bukan hanya bersuka-suka. Dia minta saya doakan bahawa dia cepat ditemukan. Tapi apakan daya saya. Saya hanya mampu mendoakan sahaja. Saya pernah berkata pada dia bahawa bila sampai waktu dia bernikah, saya adalah orang yang paling bahagia untuk dia. Ya allah…. masa tu saya berasa amat sedih. Tapi bukan sebab halangkan dia berkahwin malah itu membuat saya rasa seronok sekali. Saya sedih kenapa kami saling memcintai sedang kami berdua tahu bahawa Allah tak akan jodohkan kami.

Pada satu hari, saya terpaksa balik kampung rumah mak ayah saya di Perak kerana ada majlis perkahwinan abang kandung saya. Suami saya benarkan saya balik bersendirian kerana suami saya tidak sukakan kenduri. Bagi dia kenduri merimaskan dia dan memang suami suka tak beberapa gemar jumpa dengan sedara mara belah keluarga saya. Untuk memgelakan dari banyak pertanyaan beliau kerja apa kerja apa. Dengan itu saya balik kampung sendirian dengam menaiki keretapi. Sebenarnya berat hati saya nak berpisah dengan suami masa tu sepanjang kawin tak pernah lagi kami berjauhan. Hari-hari saya menangis memikirkan macam mana saya sorang2 balik kampung. Sampai saya ceritakan hal ini kepada kawan sepejabat saya tu. Tenyata dia bagi respon luar dari jangkaan saya. Dia sanggup ambil cuti semata2 nak hantat saya ke kampung. Terkejutnya saya perjalanan ke kampung saya bukan dekat, 4 hingga 5 jam juga. Tapi dia sanggup untuk hantar saya dari biarkan saya bersendirian naik train saya akurkan saja. Perbuatakan kami memang tanpa diketahui oleh sesapa pun terutama staff2 ofis kami. Sepanjang perjalan ke kampung dapatlah kami berborak dengan lebih panjang dan tidak berselindung dari siapa-siapa. Biasalah selama ni dapat borak pun hanya di ofis. Itu pun cakap bertapis-tapis supaya takde yang sedar hubungan kami. Dari situ saya lebih kenal dia dengan lebih mendalam pagi. Dia ceritakan kisah kehidupan dia latar belakang dia tentang family dia. Begitu juga saya. Kami saling kenal budi masing. Dari sini saya dapat kenal hati budi dia dengan lebih rapat. Sepanjang saya di kampung kami kerap berwhtasapp. Macam orang-orang lain bercinta. Sejujurnya saya nak cakap masa tu memang saya rasa bahagia. Suami saya? Siapa kata saya lupakan dia. Saya tetap bertnya kabar dia tanya dah makan ke. Rindu juga pada suami sebab tak pernah tidur asing kan…

Waktu saya pulang ke kL sama juga, si dia sanggup jemput saya dari kampung dan bawa pulang ke kL. Dia sememangnya seorang lelaki yang baik pernah saya jumpa.

Sejujurnya kami berdua sebenarnya kami menjalinkan hubungan ni bukan hanya berseronok. Masing2 dengan rasa ikhlas. Kami juga merasa amat serbasalah kepada suami saya atas apa yang kami lakukan. Kami hanya ikutkan persaan kami. Dia juga berjanji akan tinggalkan saya suatu hari nanti dan saya juga sudah bersedia dari awal. Tapi entah bila. Sebab makin hari katanya rasa sayang dia terhadap saya amat kuat sekali sehinggakam dia tak nak cari teman wanita untuk teruskan habiskan statusnya sebagai bujang. Saya minta dia bersabar kerana saya percaya suatu hari dia pasti akan bertemu jodoh juga. Cuma masanya belum sampai. Tujuan saya ingin berkongsi cerita saya bukan untuk menyalahkan suami saya kerana dia sakit. Tidak sama sekali. Saya hanya ingin berkongsi bahawan saya cintakan seseorang yang saya dah tahu dia bukan jodoh saya sampai bila. Cinta saya terhadap dia setinggi-tinggi mana pun tidak akan dijodohkan. Apa apa pun saya percayakan rahsia allah. Sempai kini kami masih menjalinkan hubungan dalam diam2 dan juga cinta saya pada dia tidak makin pudat hari ke hari. Begitu juga dia.

Tinggalkan Jawapan kepada 4zim499 Batal balasan